Saturday, January 29, 2011

Testing..Testing..1,2,3

Assalamualaikum wbt..Ya Allah detik itu makin hampir..Tahun akhir pengajian yang dinanti-nanti akhirnya kunjung tiba..Tetapi kerisauan melanda disebabkan pertambahan amanah dan tugasan juga menjadi semakin mencabar..Hati ini cuba belajar untuk menelan segala kepahitan ujian bersama seteguk kemanisan rasa redha kepada ketentuanNya..
Setiap hari, ana ternanti-nanti apakah yang Allah akan aturkan kepadaku pada hari ini.Apabila ana menyerahkan segala urusan kepada Allah,maka hati ini pasti akan tenang dengan setiap masalah yang menimpa. Masalah adalah satu tarbiah Allah untuk mendidik hati nurani manusia.Masalah adalah satu cabaran untuk diselesaikan.Masalah adalah perkara yang mematangkan fikiran. Malah ujian dan masalah menyucikan kembali manusia daripada noda dosa. Kenapa,tak setuju ke?
Ye, betul dengan masalah yang menimpa,manusia secara fitrahnya akan kembali kepada pencipta. Mula memohon agar dikeluarkan daripada sarang masalah tersebut. Hah,ketika inilah hati akan tersedar bahawa dia diuji kerana melupakan penciptanya. Apabila ujian datang barulah tersedar dari khayalan indah dunia. Barulah tersentak dari kenikmatan melakukan dosa-dosa anyaman syaitan dan nafsu durjana.Ketika inilah,iman berbisik agar kembali ke jalan yang benar,iaitu mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan syariat Allah.
Apabila ujian menimpa terimalah dengan hati yang lapang. Bersabarlah..Bersabarlah..dan bersabarlah..!Seperti firman Allah dalam surah al-Imran:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali-Imran: 200)
Tenanglah menghadapi ujian..


Emak selalu nasihatkan ana agar bersabar jika menghadapi sebarang masalah. Andai masalah menimpa,pasti ana akan ceritakan pada emak. Namun,hanya perkataan 'sabar' meniti di bibirnya. Betul, beruntunglah orang yang sabar dan tidak bertindak mengikut kehendak nafsunya. Kesabaran pasti akan membuahkan hasil yang menggembirakan. Dengan sedikit kesabaran,pasti segala masalah selesai, tetapi perlu ada usahalah untuk men'settle'kan masalah tu.

Ana ada petikan untuk dikongsikan bersama kalian :
  1. Jika anda merungut kerana bebanan assignmet yang banyak maka bersyukurlah kerana anda sedang melanjutkan pengajian berbanding ramai orang yang tidak dapat menyambung pengajian
  2. Jika anda merungut kerana terpaksa berkongsi makanan dengan adik maka sedarlah bahawa anda masih mempunyai seorang adik
  3. Jika anda merungut kerana perlu mengemas bilik dan baju yang bersepah maka sedarlah bahawa anda mempunyai tempat berteduh dan tidak merempat di tepi jalan
  4. Jika anda merungut kerana harga minyak yang mahal maka sedarlah yang anda masih berkenderaan
  5. Jika anda merungut kerana elaun yang belum masuk,maka sedarlah bahawa anda masih diberikan elaun
  6. Jika anda merungut,bosannya makan makanan yang sama setiap hari maka sedarlah yang anda masih mempunyai makanan di tangan untuk disuapkan berbanding pelarian Palestin yang kebuluran
  7. Jika anda merungut penat berjalan kaki ke tempat kuliah, maka sedarlah yang Allah masih mengurniakan sepasang kaki untuk anda berjalan
  8. Jika anda merungut kerana mendengar leteran ibu yang tak berkesudahan maka sedarlah yang anda masih mempunyai seorang ibu di dunia ini
  9. Jika anda merungut bosan kerana tiada kerja,maka sebenarnya anda dalam keadaan bahaya. Sebab ummat Islam dilanda gejala sosial dan pelbagai masalah ummah walhal anda goyang kaki dan masih sempat untuk rasa bosan
  10. Jika anda rasa marah kerana dileteri pensyarah sedarlah yang anda masih diambil berat oleh orang lain
Anda boleh sambung lagi apa2 pernyataan yang sesuai dan sama waktu dengannya. Kita banyak merungut bila masalah datang. Tetapi adakah kita bersyukur apabila diberikan nikmat yang tak terkira banyaknya?Hanya sebesar kuman ujian melanda berbanding sebesar alam nikmat anugerahNya. Saiz kuman(virus) = alam semesta?Jauh bezanya tu.
Ana terharu dengan lagu nyanyian kumpulan In-Team dan Nazrey (Raihan) yang mengungkapkan erti kehidupan manusia yang sentiasa diuji. Setiap bait-bait lagu ini memberikan semangat baru kepada ana setiap kali menghadapi masalah. Jom kita hayati lirik ni sama-sama..!


KEHIDUPAN


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Ujian adalah tarbiah dari allah(allah...)
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari tuhan..

No comments:

Post a Comment