Thursday, December 15, 2011

MaaFkan Daku


Maaf
Aku sering mengecewakan..
Pada hati-hati yang sentiasa mengharapkan..
Aku lemah di sini..
Aku goyah..
Menunggu waktu..
Antara dua..Bangkit..atau rebah..


Maaf..
Aku sering menjanjikan..
Walaupun aku tidak pasti..
Kerana segalanya di genggaman Ilahi..
Aku kerdil..
Aku bukan pendusta..
Yang hanya menaburkan janji-janji palsu..

Maaf..
Aku tidak bena..
Menjadi tongkat harapan..
Kerana aku bukanlah terbaik..
Benar..
Banyak kekurangannya..
Tidak terbilang kelompongannya..


Maaf..
Berikan aku waktu..
Membina tembok kekuatan..
Untuk melalui hari-hari mendatang..
Mengatasi kelemahan..
Menurap kekurangan..
Dengan izin Allah..


Ya Allah..
Jika ini ketentuanMu..
Aku reda dengan segala ujian..
Aku terima segala pemberianMu..
Dengan lafaz syukur..
Berilah daku pengakhiran yang baik..
Maafkan daku..


Saturday, December 10, 2011

aDA LEsEn..?


Belajar memandu merupakan pengalaman yang indah. Ana belajar memandu selepas SPM dan alhamdulillah lulus lesen JPJ motor dan kereta sekaligus. Antara memandu kereta dan menunggang, ana agak trauma kalau menunggang motor.Nak tau kenapa..?Sebab beberapa pengalaman yang 'best' yang membuatkan ana xkan lupa sampai bila2.
Pengalaman pertama adalah ketika tahun 1, ketika terasa syok bersandar pada sebuah motor di perkarangan rumah pak cik, tiba-tiba ja motor tu jatuh menghempap diri yang kerdil ni.Huhu.Sakit kot.Tetapi, buat2 gagah jugak alihkan motor tu dengan tangan yang kecil lagi. [^.^]..

Pengalaman kedua pula ketika form 4, accident motor bersama ayah. Ini bukan accident atas jalan raya. Tetapi, accident dalam sungai. Takde sapa langgar pun, sendiri yang terjun dalam sungai tu.Hurm malu pun ada,lucu pun ada. Malu sebab time tu, ramai jugak orang kampung datang kerumun, nak tengok sapa yang 'cemerkap' bawa motor. Lucu, sebab jatuh dalam sungai dengan berpakaian baju kurung lengkap kasut sekolah, siap helmet lagi. Memang Allah panjangkan umur lagi, sebab sungai tu agak dalam, dan ana pula keras macam batu ja sebab tak reti berenang.Alhamdulillah.Ada lori kosong lalu, dan tumpangkan ana dan motor tu pulang ke rumah. Esok tu, terus ayah bawa ana ke tempat kejadian, dan bawa lagi motor kat kawasan sungai tu. Aduhai, gementar lutut ni sebab takut jatuh sungai lagi. Tapi, ada sebab ayah buat mcmtu. Untuk lawan rasa takut bawa motor lagi. (",)
Kemudian, time belajar menunggang kat litar pun, ada buat hal juga. Ana pernah beberapa kali jatuh motor kat titi dalam litar tu. Ada satu ketika, sebab tersilap langkah, maka tayar motor tak dapat seimbang atas titi. Maka, motor tu pun terbalik. huhu. Ana pun jatuh sekali. Petugas-petugas kat litar berlari anak datang tengok ana. Risau kot-kot ada cedera kata mana-mana. Alhamdulillah,nasib baik tak cedera teruk.
Pengalaman lain, ketika mula-mula mendaftar kat kampus. Walaupun dah lama ada lesen motor, tapi tetap penakut nak bawa motor. Tapi, satu hari tu, ana tertinggal tugasan penting kat asrama. Jadi, memberanikan diri juga untuk pinjam motor kawan dan pulang ke asrama. Kali ni, bawa roomate ana sekali. Tetapi, malang tak berbau, sampai je dekat kawasan bukit, tiba-tiba motor mati enjin pulak. Gabra punya pasal, maka ana pun terberhentikan motor tu kat tengah2 jalan yang agak berbukit tu. Maka,kami pun terjatuhkan motor kat tepi jalan tu. Nak start motor tak de tenaga dah.Jadi kami pun tolak lah motor tu untuk sampai ke tanah yang lebih rata. Rupanya,ada banyak lagi mata yang menyaksikan kejadian tu. Di bawah bukit tu, rupanya ada satu kelas pelatih yang tengah buat aktiviti kat padang. Ya, Allah malu lagi. Roomate pun menangis sebab malu. Sakit dah tak jadi hal lagi.
Kesimpulannya, setiap orang mesti ada pengalaman masing-masing ketika memandu atau menunggang motorsikal. Walaupun, nampak macam senang, tetapi tetap memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya. Nasihat ana, cubalah fahami ahli keluarga ataupun orang terdekat anda, yang mengelak untuk memandu atau menunggang motorsikal. Mereka pasti mempunyai sebab-sebab tersendiri. Walaubagaimanapun, berusahalah untuk membawa kenderaan sendiri. Sebab kita tak selamanya akan bergantung kepada orang lain. Terutamanya wanita, walaupun sudah bersuami, perlu ada lesen memandu. Sebab, si suami takkan selamanya berada di sisi anda. Bagi ana, lesen memandu bukanlah satu kehendak pada zaman sekarang. Bahkan ia adalah satu kePERLUan penting. Oleh itu, sesiapa yang belum ada lesen, cepat bertindak untuk belajar memandu. Selamat Maju Jaya ya..!

Monday, November 7, 2011

Inheritance of I-M-A-N



Jika diperhatikan di sekeliling kita, banyak perkara yang yang janggal berlaku. Perkara ini tidak salah, tetapi disebabkan ia berkuantiti sedikit menyebabkan ia kelihatan pelik di mata manusia. Disebabkan hal ini juga,menyebabkan orang yang berada dalam kelompok ini turut merasakan tekanan kerana menjadi perhatian dan tumpuan orang.

Dahulu, isu anak pukul ibu jarang-jarang kita dengar. Bagaimana pula sekarang? Sekali-sekala kita akan terbaca isu ini di dada akhbar kan. Perkara seperti ini sudah tidak janggal lagi pada zaman serba canggih ini. Bagaimana pula isu anak pak Imam menangi anugerah 'Ratu Cantik'? Isu anak penagih dadah menamatkan pengajian di Darul Quran? Adakah ianya isu biasa?Pada pendapat ana,inilah yang dikatakan isu yang jarang kita dengar. Cerita sebegini ada berlaku di kalangan kita. Tetapi ia jarang-jarang berlaku.

Ana nak mengaitkan post kali ini berkaitan dengan iman. Mari kita buka minda dengan melihat kepada persoalan, adakah iman dapat diwarisi? Sekiranya,anak-anak dapat mewarisi genetik ibu bapa dari segi warna kulit,ketinggian, IQ, dan warna mata. Dan seandainya,anak-anak mendapat bahagian daripada harta warisan ibu bapa. Maka, bagaimana pula dengan iman?

Iman bukanlah satu perkara yang tetap dalam hati manusia. Ia sentiasa naik dan turun seiring dengan suasana di sekeliling individu tersebut. Jika kita mengatakan bahawa anak-anak yang dilahirkan oleh seorang artis hiburan akan mewarisi ibu bapanya, maka kita adalah silap. Kita tidak tahu masa depan anak tersebut. Mungkin Allah telah memilihnya untuk mendapat petunjuk islam. Kita renungkan kembali,ada anak artis, yang tidak memilih laluan kerjaya orang tuanya. Tetapi memilih bidang agama sebagai masa depannya. Kemudian, dia berperanan memujuk dan mempengaruhi orang tuanya untuk kembali mendekati agama Islam yang unggul. Lihat, bagaimana indahnya percaturan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Adil. Dia tidak membiarkan hambaNya sesat selamanya,malahan diberikan pelbagai wasilah kepada insan ini untuk kembali kepadaNya.

Ingat percaturan Allah tidak dapat dijangka oleh akal cetek manusia..!

Bagaimana pula dengan pasangan yang menjalinkan ikatan pernikahan dengan cara islam. Menggunakan orang tengah sebagai pengantara yang mengikat hubungan suci mengikut landasan islam. Mereka juga mengamalkan cara hidup islam dalam semua aspek kehidupan. Kemudian,Allah mengurniakan keduanya zuriat yang meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi zuriat yang dilahirkan membesar dengan cara hidup yang berbeza dan meyimpang dari cara hidup kedua ibu bapanya. Adakah ini salah didikan orang tuanya? Pasti logik akal kita mengatakan tidak. Ya, Allah telah memilih anak ini menjadi begini, sebagai ujian kepada orang tuanya. Tidak beriman seseorang ,sebelum dia diuji dengan ujian yang sesuai dengan kesanggupannya. Sebab itu kita dengar, anak ustaz dan ustazah yang paling dashyat perangainya sama ada di sekolah ataupun kolej pengajian.

Ana mahu menyimpulkan bahawa, iman itu tidak dapat diperturunkan kepada anak-anak mahupun saudara mara. Tetapi, ingat iman itu boleh dibentuk dengan biah yang solehah. Anak-anak ulama kebiasaannya akan mengikuti jejak langkah orang tuanya menjadi orang agama, disebabkan oleh suasana islamik yang dibentuk oleh keluarganya bermula dari alam janin lagi. Jadi nasihat ana, untuk mendapat anak yang soleh, bukan dibentuk semasa anak dilahirkan. Bahkan anak tersebut dibentuk sebelum anaknya dilahirkan lagi. Bagaimana? Buat pemuda carilah isteri yang baik, bagi pemudi carilah suami yang baik..Bagaiman nak mendapat pasangan yang baik..? Perbaikilah diri kalian dahulu..Cermin iman, buahkan takwa..::Assalamualaikum..::


Wednesday, October 26, 2011

Kongsi Resepi : Asam Pedas Ikan Kembong

Kali ini,entri lebih kepada bidang tugas kaum hawa iaitu masakan tengah hari. Ana nak berkongsi menu masakan 'Asam Pedas Ikan Kembong'. Cubalah..

Bahan-bahan :
  1. ikan kembong (4 ekor)
  2. bwang putih (2 ulas)
  3. bawang merah (3 ulas)
  4. cili kering (3-4 biji)
  5. serbuk jintan manis (1 sudu teh)
  6. serbuk kari (1 sudu teh)
  7. Asam keping (2-3 keping)
  8. Kacang bendi (4 biji)
  9. air (3 cawan)
  10. garam (secukup rasa)
Cara-cara
  1. Kisar bwg putih, bwg merah, dan cili kering bersama secawan air
  2. Masukkan dalam periuk sederhana besar dan buka api sederhana
  3. Apabila cili telah masak, masukkan jintan manis,serbuk kari, dan asam keping
  4. Tambah dua cawan air
  5. Bila kuah mendidih,masukkan ikan dan garam
  6. Akhir skali,masukkan kacang bendi yang dipotong serong
  7. Untuk lebih wangi,boleh letakkan bunga kantan ataupun daun kesom.

Kreativiti Syaitan Dalam Menggoda Anak Adam



Syaitan dianugerahkan kehebatan menggoda manusia yang tidak ada pada manusia biasa. Mereka dianugerahkan sifat tidak berputus asa dalam menggoda manusia daripada setiap sudut dengan pelbagai cara dan kreativiti tersendiri.
  1. Waswasah : Membisikkan keraguan kepada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal saleh
  2. Tazyin : Membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala perkara berunsur maksiat akan kelihatan indah
  3. Tamanni : Memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan
  4. 'Adawah : Menanamkan permusuhan
  5. Takhwif : Menakut-nakuti manusia
  6. Saddun : Berusaha menghalang manusia daripada mengikuti perintah Allah dengan menggunakan pelbagai hambatan
  7. Wa'dun : Ertinya janji palsu
  8. Kaidun : Ertinya tipu daya. Syaitan berusaha memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak
Petikan Al-Quranul Karim ; The Miracle 15 in 1 (page 1018)

Jika syaitan mempunyai cara yang pelbagai untuk menarik manusia berbuat kejahatan, apa pula tindakan kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah untuk menarik manusia mendekati Allah? Ambillah pengajaran daripada kesungguhan syaitan. Mereka juga memperdayakan manusia dengan cara yang berhikmah; iaitu manusia yang lebih kuat imannya, lebih kuat godaannya.

Orang yang kuat beramal ibadat akan diuji dengan perasan riak terhadap amalan mereka.
Manusia yang berdakwah akan diuji dengan rasa lemah dan putus asa.
Orang yang jahil agama akan digoda agar terus jahil dalam Islam.
Pemimpin yang dilantik akan culas dan dikaburi dengan harta melimpah ruah.
Remaja yang mencari cinta,akan dikaburi angan-angan tentang indahnya hidup 'bercouple'..

Semua ini hanya segelintir kejahatan yang dilaksanakan oleh tentera-tentara syaitan yang cuba menbawa manusia menyimpang daripada ajaran Islam..Oleh itu, marilah kita sama-sama bertafakur dan banyakkan beristighfar agar segala tindak tanduk kita adalah berpandukan jalan yang benar.

Astaghfirullahal 'Azim..Astaghfirullahal 'Azim..Astaghfirullahal 'Azim..

Wednesday, October 5, 2011

Deep in My Heart..


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Ibu dan ayah..terima kasih..infiniti~atas kesudian kalian melahirkan, mengasuh dan membesarkan anak-anakmu..
Kami tak punya harta untuk membalas jasa kalian..Kami juga tak punya apa-apa untuk membalas jasa kalian..
Kerana budi dan kasih sayang kalian membesarkan kami, melebihi apa yang ada di langit dan di bumi..Semua harta di dunia tidak dapat membayar pengorbanan kalian terhadap kami...
Hanya ilmu sepicis cuma yang menjadi bekalan paling bermakna dalam hidup kami..Kalian pernah berkata, mak dan ayah tak tinggalkan harta buat anak-anak..Tapi ilmulah sebagai bekalan hidup di dunia ini..Kalau anak-anak mengabaikan ilmu..Maka terpinggirlah kalian..Kalau ilmu tidak diamalkan..gelaplah kehidupan..
Ingin anakmu khabarkan bahawa, kalian telah memberikan segala-galanya pada kami..Kebaikan-kebaikan yang kalian pamerkan,akan kami gunakan buat bekalan dunia dan akhirat..
Malahan, kami mendoakan agar setiap pekerjaan baik yang kami laksanakan turut menjadi saham buat ayah dan ibu..Setiap tutur kata kami yang baik, menjadi hadiah pahala kami buat ibu dan ayah..Setiap amal ibadah kami yang diterima oleh Allah, diberikan ganjaran pahala buat ayah dan ibu yang mengajar kami perkara kebaikan..
Terima kasih ya Allah, atas kurniaan kedua orang tua yang terbaik untuk kami..Anugerah yang tidak ternilai dengan seisi dunia..

"Wahai tuhan kami, kau gugurkanlah dosa-dosa ibu bapa kami seperti mana mengalirnya peluh-peluh dan darah mereka ketika mereka membesarkan kami..Pandanglah wajah keduanya dengan pandangan kasih dan rahmatMu..Kau alirkanlah pahala-pahala kebaikan amalan soleh kami kepada mereka sehingga hari kiamat..Kau masukkanlah keduanya ke dalam syurgaMu yang terindah.."

Friday, September 16, 2011

Jadikan Daku Pohon Yang Rendang Itu

SenTuhanMu-In TeaM

Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu

Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu

C/O
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan

Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera

Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa

Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..


Kasih ibu sayang-sayangkan.Kasih bapa tangan-tangankan..=)..Kebiasaannya bapa lebih garang daripada ibu..Anak lebih gentar dengan bapa..Tetapi ibu lebih memanjakan anak dengan kasih sayang..(just my opinion)..Ada sebab kita dipukul..Ada sebab kita dicubit..Semua tu sebab nak mendidik kita jadi manusia yang berhati manusia..Daku terkenang memori silam dibesarkan dalam keluarga yang autokratik (yeke?hehe)..Penyangkut baju,dahan pokok,tali pinggang,dicubit, dipukul,dmarahi adalah perkara biasa yang mak dan ayah gunakan dalam mendidik kami adik-beradik..Tetapi segalanya mematangkan anakmu dalam menghadapi realiti kehidupan..


Dahulu anakmu membantah bila mak dan ayah melarang kami dan mengikat kami dengan pelbagai peraturan..Sekarang anakmu mulai mengerti makna peraturan itu..hati anakanda dapat merasai keperitan ayah dan ibu membesarkan anakmu..


suatu ketika dulu, ibu dan ayah mengajarku mengaji muqaddam.. namun,sekarang daku mengajar ayah mengaji al-Quran..


suatu ketika ibu yang memasakkan anakmu masakan yang enak..tapi sekarang anakmu yang memasakkan makanan untuk ibu..dulu, ibu yang mengubati daku tatkala anakmu jatuh sakit..sekarang anakmu yang menyediakan ubat untuk mengubati ibu..


dulu,ibu yang mengajar anakmu cara menyebut dan mengira..sekarang, anakmu yang mengajar ibu dan ayah menyebut..dahulu ibu yang menyuruh anakmu memakai tudung..sekarang anakmu yang menyeru ibu menutup aurat dengan lebih sempurna..


jika dahulu daku adalah anak kecil yang perlu dibelai, tetapi sekarang daku sudah menginjak dewasa yang tahu hala tuju hidup..jika dahulu daku adalah mad'u, tetapi sekarang sudah tiba gilirannya daku menjadi dai'e..jika dahulu daku menerima ilmu, tetapi sekarang adalah tiba daku menyampaikan ilmu..jika dahulu daku adalah anak benih yang perlu dilindungi,sekarang daku adalah pohon yang sudah matang untuk menaungi pokok-pokok kecil untuk terus 'survive'.

perubahan demi perubahan dalam hidup menunjukkan bahawa hakikat di dunia ini tidak kekal selamanya..setiap perkara ada turun naiknya..dan sentiasa berubah..ulat beluncas tidak kekal selamanya,tetapi ia akan menjadi rama-rama yang cantik setelah dia mengalami kesulitan berada di dalam kepompong kehidupan..


ibu dan ayah..cuma satu anakmu harapkan..iaitu redha mak dan ayah di dunia
dan akhirat..impian daku untuk menjadi anak yang solehah kepada orang tuaku..seperti azam ayah yang mahukan anak solehah ketika ayah mengiqamahkan di telinga kecil anakanda taktkala dilahirkan dahulu..


Ya Allah,jadikanlah aku pohon rendang yang dapat menaungi pohon-pohon kecil itu untuk berjuang mencari makna kehidupan.