Wednesday, October 26, 2011

Kreativiti Syaitan Dalam Menggoda Anak Adam



Syaitan dianugerahkan kehebatan menggoda manusia yang tidak ada pada manusia biasa. Mereka dianugerahkan sifat tidak berputus asa dalam menggoda manusia daripada setiap sudut dengan pelbagai cara dan kreativiti tersendiri.
  1. Waswasah : Membisikkan keraguan kepada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal saleh
  2. Tazyin : Membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala perkara berunsur maksiat akan kelihatan indah
  3. Tamanni : Memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan
  4. 'Adawah : Menanamkan permusuhan
  5. Takhwif : Menakut-nakuti manusia
  6. Saddun : Berusaha menghalang manusia daripada mengikuti perintah Allah dengan menggunakan pelbagai hambatan
  7. Wa'dun : Ertinya janji palsu
  8. Kaidun : Ertinya tipu daya. Syaitan berusaha memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak
Petikan Al-Quranul Karim ; The Miracle 15 in 1 (page 1018)

Jika syaitan mempunyai cara yang pelbagai untuk menarik manusia berbuat kejahatan, apa pula tindakan kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah untuk menarik manusia mendekati Allah? Ambillah pengajaran daripada kesungguhan syaitan. Mereka juga memperdayakan manusia dengan cara yang berhikmah; iaitu manusia yang lebih kuat imannya, lebih kuat godaannya.

Orang yang kuat beramal ibadat akan diuji dengan perasan riak terhadap amalan mereka.
Manusia yang berdakwah akan diuji dengan rasa lemah dan putus asa.
Orang yang jahil agama akan digoda agar terus jahil dalam Islam.
Pemimpin yang dilantik akan culas dan dikaburi dengan harta melimpah ruah.
Remaja yang mencari cinta,akan dikaburi angan-angan tentang indahnya hidup 'bercouple'..

Semua ini hanya segelintir kejahatan yang dilaksanakan oleh tentera-tentara syaitan yang cuba menbawa manusia menyimpang daripada ajaran Islam..Oleh itu, marilah kita sama-sama bertafakur dan banyakkan beristighfar agar segala tindak tanduk kita adalah berpandukan jalan yang benar.

Astaghfirullahal 'Azim..Astaghfirullahal 'Azim..Astaghfirullahal 'Azim..

No comments:

Post a Comment