Tuesday, October 19, 2010

RinDuNYeR


Hati ni dikurniakan pelbagai rasa yang akan menjadi perencah dalam kehidupan.Ada rasa masam manis,kelat2 ubi,pahit berdengung,tawar,xsedap hati,hati berbunga-bunga dan pelbagai macam rasa yang Allah berikan kepada kita.

Tetapi, adakah kita menilai dengan mata hati akan setiap perasaan yang hadir dalam benak hati kita?Pentingkah untuk menilai rasa hati?Tidak semua Allah bukakan mata hatinya untuk melihat sedalam-dalamnya mutiara dan karang dalam lautan kehidupan ini.

Kadang-kadang hati kita merasa gembira melihat hiburan tanpa sempadan. Kadang-kadang hati kata tak apa melihat kemungkaran di depan mata. Kadang-kadang hati rimas melihat orang yang menutup aurat litup. Apa yang tak kena agaknya dengan hati kita ni?

Orang yang hampir dengan Allah,pasti merasa gelisah melihat perkara mungkar dan maksiat. Manakala manusia yang berpaling tadah dari tali Allah sebaliknya, ia merasakan kemungkaran satu perkara yang rutin dalam kehidupan.

Wahai sahabat,tanyalah kepada fatwa hati. Hati yang tenang menggambarkan bahawa kita berada di jalan yang benar. Perlakuan kita adalah hak dan tidak menyimpang, ibarat anak panah yang dilepaskan tegap dari busur dan tepat mengena sasaran.Bagaimana pula kalau hati gundah gulana?Fikir-fikir la diri sendiri ye.

Ana terasa sangat rindu untuk menatap kembali sahabat-sahabat yang meninggalkan alam persekolahan yang hampir separuh dekad. Ulangan,baru separuh dekad! Tapi masyaallah perubahan diri berlaku sekelip mata. Yang bertudung menanggalkan tudung,tangan yang suci dicemari dengan sentuhan ridsect daripada ajnabi, baju yang panjang cuma tinggal separuh, pergaulan antara muslimin dan muslimat yang ditatang hanya tinggal memori indah..

Wahai rakan-rakan,hati ini menangis pilu melihat perubahan pada antum sekalian. Mengapa kalian berubah sedemikian rupa? Tak cukupkah didikan ustaz dan ustazah selama 5 tahun perskolahan kita. Antum semua adalah tauladan dan contoh kepada masyarakat.Mereka memandang tinggi kepada kita. Tapi kenapa kita yang mencampakkan maruah kita,seperti mencampakkan permata ke dalam lumpur?

Hati ini rindukan biah solehah dan rakan-rakan yang sering mengingatkan tika alpa dan lalai dengan ombak deras dari keseronokan duniawi. Maafkan ana kalau warkah ini menggugat rasa tidak senang hati dan kebencian kepada ana. Ini tanggungjawab kita bersama. Rakan-rakan,kembalilah kepada fitrah Islam. Kalian tidak akan rugi,malah beruntunglah pemuda-dan pemudi yang usia remajanya dipenuhi dengan amal ibadat dan ketaatan kepada Allah.

Hidayah kan milik Allah,jadi mohonlah kepada Allah agar ditetapkan hidayah dalam hati kita serta kita dimatikan dengan husnul khatimah. Basuh dan rawat hati dengan zikir dan munajat kepada Allah,iaitu pemilik sebenar-benarnya hati.Ya, allah tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam dalam agamaMu dan dalam mentaati perintahMu..Amiiin..

Wednesday, October 13, 2010

"LIGHT REFLECTION.."












Dalam prinsip kedua pantulan cahaya menyatakan : Sudut tuju akan sama dengan sudut pantulan cahaya

Nah, di sini telah jelas ternyata makhluk ciptaan Allah yakni nur( cahaya) mengikut undang-undang dan sunnatullah yang agung. Apatah lagi kita sebagai manusia sudah pasti tidak akan lari dari ketetapan ini

Apa yang kita berikan pasti akan kembali semula kepada kita. Jika kebaikan yang kita sebarkan dan kita laksanakan pasti akan ada balasan baik daripada Pencipta.

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah ,nescaya dia akan melihat (balasannya)nya"
(az-Zilzal: 7)

Jadi jangan ragu-ragu untuk mempercepatkan perkara kebaikan kerana janji Allah itu pasti. Setiap kebajikan pasti akan diperhitungkan oleh Allah.Tetapi jika hati teringin untuk melaksanakan kemaksiatan, maka cubalah bertangguh kerana ia pasti akan membantutkan keinginan jahat tersebut.

Hayati dialog ni:
Situasi A :

A : Eh..dia datang la, tolong lindung-lindung aku sikit.
B : Kenapa nak lindung pulak.Ko ada buat salah dengan dia ke?
A : Tak la, baju aku ni jarang la
B: Abis tu ?
A : Nanti dia tegur aku pulak
B: Ish2..Ko ni, dengan dia je nak malu. Abes selama ni ko pakai camni, ko tak malu pun dengan orang lain
A : Ye la,sebab dia je yang akan tegur aku. Malu ar nanti.

Situasi B :

C : Mak nak ke mana tu wangi-wangi, lawa-lawa..?
D : Mak nak keluar sayang, pergi kerja
C : Oh,kena pakai lawa-lawa ke, abis kalau kat rumah mak tak pakai macam ni pun
D : Ala kat rumah,sapa yang nak tengok. Dah2 jangan nak sibuk hal orang tua.

Situasi C :

E : Sejuk mata aku tengok Sarah tu, bertudung labuh, dan berstokin
F : Bagusla, ko bila lagi?
E : Aku tak layak nak pakai macam tu, fuh kalu aku pakai macam tu mesti semua akan pandang aku lain.
F : Nape lak?
E : Ye la, aku bukan budak baik. Aku tak layak nak pakai macam tu. Nanti, kalau aku kahwin, baru aku jinak-jinak pakai tudung.

Lihatlah sahabat-sahabat. Situasi tersebut digarapkan dalam lembaran hidup insan seharian di dunia ini. Mana konsep ihsan? Mengapa kita perlu berubah kerana takutkan dan segankan makhluk Allah yang lain?Ke manakah kita meletakkan kedudukan Allah dalam kehidupan seharian kita?

Renung-renungkanlah,manusia boleh takut, dan tunduk kepada manusia yang lain. Padahal,Allah itu agung dan lebih berkuasa kerana Dialah pencipta segala-galanya. Perubahan yang dilakukan disebabkan manusia yang lain pasti tidak akan bertahan lama.

Mengapa kita perlu bertangguh untuk berubah. Adakah kita tahu untung nasib kita selepas saat ini,selepas esok hari, pada minggu depan? Kita tidak tahu bukan. Marilah kita rebut lintasan hidayah yang Allah kurniakan sedetik cuma, untuk melonjokkan perubahan ke arah kebaikan.

Saya berpesan kepada diri saya dan sahabat-sahabat, ikhlaskan niat untuk berubah kerana Allah, walaupun hadir seseorang insan telah mengubah kita untuk menjadi lebih baik. Mungkin insan tersebut hanya wasilah Allah untuk mengubah diri kita. Dan beruntunglah orang yang sentiasa bermuhasabah diri daripada tidak pernah sedar diri.

Wallahua'lam


Saturday, October 2, 2010

HaTiKu MilikMu..



Ya, Allah aku rindu untuk menatap wajahmu
Aku rindu untuk bertemu Nabi junjungan-Mu
Syafaatkanlah aku ya Allah,
Syafaatkan aku ya Rasulullah,
Peliharalah aku dari percikan dan bahang api neraka-Mu
Peliharalah daku ketika saat getir di hari kebangkitan

Aku rindu untuk bermunajat di sepertiga malam
Aku rindu untuk menghirup nikmat syurga-Mu
Tapi aku tengelam dalam kemanisan duniawi
Tapi aku leka dengan nikmat masa yang dianugerahkan

Bimbinglah aku
Tetapkanlah aku di jalan-Mu
Jalan yang penuh liku
Jalan yang penuh luka
Agar aku dapat menghirup manisnya iman
Agar aku dapat bertatih menegakkan agama-Mu

Sungguh
Hatiku milikmu
Jasadku milikmu
Dan segala-galanya hanyalah pinjaman
Ku pohon
Agar aku diberi kekuatan
Menggunakan pinjaman ini sebaiknya
Untuk mencapai redhaMu..
Aku tersangat cinta padaMu..!




Tuesday, September 28, 2010

uKhuWwaH




Apa maksud ukkhuwwah ye?

Ukhuwwah berasal dari bahasa Arab, akh bermaksud 'saudara'. Tapi, apa ruangan lingkup ukhuhwwah? Adakah hubungan abang dan adik angkat adalah ukhuwwah? Adakah berjalan berduaan lelaki dan wanita bukan mahram adalah ukhuwwah?

Ala,kami jalan-jalan je.Tak kacau hidup orang lain. Jagi tepi kain sendiri leh x? Tapi kalian semua jangan lupa, pasti ada orang ketiga yang akan menemani jikalau berduaan lelaki dan wanita. Siapa lagi, kalau bukan syaitan yang direjam dan dilaknat oleh Allah sampai kiamat.

Xpe, tinggalkan dulu masalah sosial tu, sekarang ana nak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan ukhuwwah ye. Dr Abdullah Nasir Ulwan menyebutkan bahawa tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah. Betapa tingginya, nilai persaudaraan dalam Islam sehinggakan, manusia yang tidak menjalinkan ukhuwwah dianggap tidak sempurna imannya. Nauzubillah.

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 10 :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat."


Allah menyeru hambanya agar berdamai jika berselisih faham. Ingat, sebesar manapun dosa, setinggi manapun kesalahan, dan sedalam manapun kebencian kita kepada manusia, kembalilah mengingati Allah. Dia yang Maha Agung dan Pemaaf sentiasa mengampuni hambanya. Kenapa kita yang hina ni,mendabik dada menongkah langit untuk mempertahankan maruah, lantas kemaafan teramat mahal untuk diungkapkan. Walhal,manusia tetap manusia. Jika kita tidak memaafkan sahabat, keluarga,mahupun kenalan, kita sepatutnya rasa malu untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Sedarlah diri, yang kita hanya menumpang ye..!

Sebuah hadis menyebutkan 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah di akhirat :

  • Imam/Pemimpin yang adil
  • Pemuda yang taat kepada Allah
  • Pemuda yang hatinya tertaut kepada masjid
  • 2 orang yang saling mencintai,bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
  • Seorang pemuda yang diajak wanita melakukan maksiat, tetapi dia menolak dan berkata "Aku takutkan Allah"
  • Orang yang tangan kanannya bersedekah,tanpa diketahui oleh tangan kirinya
  • Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir mengingati Allah.
Jom kita muhasabah, adakah salah satu golongan tersebut terdapat pada diri kita? Jika tidak beristighfarlah dan bersyukurlah kerana kita masih diberi nafas untuk hidup. Dan berusahalah berada di dalam salah satu kelompok yang Allah janjikan.(peringatan untuk diri ana)

Syarat-syarat ukhuwwah :
  • Hati ikhlas
  • Disertakan iman dan takwa
  • Sentiasa berpesan dengan kebaikan (surah al-Asr)
  • Tegak atas nasihat
  • Ketika senang dan susah
Kesimpulannya, maafkanlah walau terluka. Lupakanlah walau derita.Rapatkan ukhuwwah ikhlas kerana Pencipta yang menyeru kita menjaga tali persaudaraan.

Tuesday, September 14, 2010

Left-Handed World..



Left handed knife
Left handed keyboard




Pra sekolah

Mengimbau kembali ketika zaman tadika, ana dimasukkan ke Pra Sekolah Kebangsaan Air

Hitam. Di situ, ana belajar memegang pensil dan menulis. Tapi, rasa pelik mengundang

diri, kerana setiap perkara yang dilakukan serba tak kena, apa yang dibuat pasti akan ditegur

oleh cikgu dan mak. Rupa-rupanya, ana menulis menggunakan tangan yang salah! Tangan kiri?

Padanla....


Emm..apa nak buat? Sepanjang tahun, cikgu pasti akan betulkan tangan ana. Dan yang ana

xpuas hati, kenapa ana sorang je kena tegur. Kenapa orang lain tak kena? Oh...sebaaaab, kawan

lain guna tangan kanan. Setiap kali ana memegang pensil, cikgu pasti akan mengubah tangan

ana. Kemudian, ana pun tukar balik, yela camna nak tulis kalau guna tangan kanan. Tak reti la.

Mak pun x putus asa membetulkan tangan ana yang kidal ni. Dia akan ubah pensil ke tangan

kanan. Tapi macam biasa,ana pun ubah balik.hihi.memang rasa kelakar waktu kecil-kecil dulu.


Sekolah rendah

Waktu sesi ana sekolah rendah, ana rasa best sikit,sebab ada dua orang kawan kelas yang

turut bertangan kidal. Jadi,ada gengla ni..Hihi. Dan yang ana xleh lupa,kawan ana boleh tulis

menggunakan kedua-dua belah tangan. Memang kagum dengan kebolehan dia. Tapi sampai

sekarang ana xdapat nak jadi macam dia.


Bila dah meningkat besar sikit, ana belajar untuk buat kerja-kerja dapur. Salah satunya

adalah tolong mak membuat kuih untuk dijual.Apam gula hangus nama dia. Tapi, ana sedih

sebab pak sedara selalu usik-usik dan kata kuih tak laku, sebab buat guna tangan kiri. Ana juga

pernah tolong mak sedara kupas buah, tapi ana kupas songsang, sebab ana kidal dan xreti nak

gunakan pisau kupas buah tu. Hati ni, bertambah sedih bila dituduh anak dara pemalas, xreti

kupas sebab xpenah masuk dapur. Satu lontaran yang amat dahsyat untuk budak darjah 3.

Huhu.


Sekolah Menengah

Di sekolah menengah, ana disekolahkan di sekolah agama. Jadi, setiap pelajar, memang

diterapkan dengan nilai-nilai agama dan pengetahuan islamik yang tinggi. Tapi bergantunglah

kepada individu untuk mengambil sebagai intipati diri ataupun sekadar angin lalu je.(faham ke x

ni? buat-buat faham je la ek).

Ada seorang ustaz di sekolah ana yang selalu ambil berat akan kebajikan pelajar-pelajar beliau.

Hatta, dia selalu tegur ana agar berubah menjadi right-handed person. Tapi camna? Maka, satu

hari di dalam kelas al-Quran dan As-Sunnah, ana selamba aja teguk air depan ustaz. Guna

tangan kiri plak tu. Ish-ish..Dan ustaz tengok je. Tiba-tiba, dia meluru ke arah ana.

'Puuukk'..Tau tak apa ustaz buat? Ustaz ketuk tangan ana dengan buku. "Ubah tangan,ubah

tangan..! Jangan guna tangan kiri". Huhu. Malunyer, nak letak muka ni? Satu kelas dah

menyaksikan, ana ditegur oleh ustaz, sebab minum tangan kiri. Tak ikut sunnah katanya. Ana

xleh lupa sampai bila-bila..

Ketika di asrama,ana seperti insan-insan lain, akan queue menunggu giliran untuk menggosok

baju. Seperti biasa, ana akan gosok menggunakan tangan kiri. Satu hari tu, ana menggosok baju

di sebelah akak senior. Ada dua meja kat situ, tapi ana choose meja yang kanan, sepatutnya ana

iron di meja yang belah kiri. Disebabkan tersilap langkah, maka dengan tak sengaja, ana .

meletakkan iron yang tengah panas tu di atas tangan akak senior tadi. Dia pun terjerit

"oouch.sakit la ooii.".Dengan serba salah, ana pun minta maaf kat dia. Tu la pasal, nape ana tersilap

pilih tempat.


Sekarang..

Ana memperjuangkan masa depan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Ana

dipertemukan dengan kawan-kawan kelas yang sentiasa bersama ketika senang dan susah. Ana

beruntung kerana dianugerahkan 'roomate' yang teliti dan mengambil berat. Di sini, ana belajar

sedikit sebanyak menggunakan tangan kanan. hehe.

Antaranya :
  1. Minum
  2. Membayar wang
  3. Menggosok baju
  4. Menggunakan mouse
  5. Menggalas beg
  6. Membasuh beras
  7. Mengguli tepung
Kadang-kadang, orang salah tafsir dan memandang serong pada orang tangan kidal. Contoh : x

beradab dan pengotor. Tapi itu bukan pilihan ana. Ana alami kesulitan untuk mengubah

penggunaan tangan kidal kurniaan Allah.

Tapi, antara kelebihan yang ana dapat rasa, orang kidal dapat melakukan banyak pekerjaan

dalam satu-satu masa. Ana dapat membuat homework sambil makan 'cekedi' (junkfood).Hehe.

Selain itu, mereka dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat kerana kebanyakan alatan

dicipta untuk orang tangan kanan. Dan, orang kidal lebih mudah menulis tulisan jawi yang

bermula dari kanan ke kiri. Kalu xnak percaya pun xpa. These are just my opinions,k..

Antara tokoh ternama bertangan kidal :

  1. Albert Einstein
  2. Mahatma Gandhi
  3. Isaac Newton
  4. Henry Ford Jr.
Rasulullah bersabda " Wahai anak Adam, bacalah dengan nama Allah dan makanlah dengan

tangan kananmu.dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu"

(HR Bukhori & Muslim)










Saturday, September 4, 2010

Keistimewaan Ramadhan



Sahabat-sahabat sekalian, Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja. Adkah kita telah menunaikan kewajiban kita sebaik-baiknya? Ikhlaskah puasa kita? Baikkah amalan kita? Adakah kita berjaya menepis kemungkaran yang sentiasa membelenggu diri? Sebelum Ramdhan melabuhkan tirai marilah kita renung-renungkan sejenak keistimewaannya serta amalan sunat yang dilaksnakan oleh Nabi s.a.w Keistimewaan Ramadhan :
  • Dijanjikan syurga
  • Ganjaran syurga berganda
  • Dimuliakan Allah
  • Diampunkan Allah
  • Bulan diberkati
  • Dianjurkan solat terawih
  • Dianugerahkan lailatulqadar
  • Pintu neraka ditutup,sedangkan pintu syurga dibuka
Amalan sunat Nabi s.a.w
  • Bangun sahur
  • Melewat-lewatkan sahur
  • Menyegerakan berbuka
  • Meninggalkan bersugi setelah tergelincir matahari
  • Memperbanyakkan sedekah dan memperluaskan belanja kepada ahli keluarga,kaum kerabat dan jiran
  • Memperbanyakkan tadarus al-Quran
  • Memperbanyakkan iktikaf
Duhai hati,bersedihlah kita kerana bulan Allah ini akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Hati ulama bersedih di penghujung Ramadhan kerana mereka memikirkan 2 perkara; pertama adakah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, kedua adakah mereka dapat menemui Ramadhan yang akan datang?Hebatnya iman mereka wahai sahabat sekalian.

Tetapi sebaliknya kita menghitung hari, bilakah akan menjelmanya Syawal.?Sungguh ampuh iman di hati kita. Adakah Ramadhan kali ini dapat mentarbiah kita menjadi insan lebih baik? Jika tidak,tepuk dada tanya iman. ,tidak semua ummat manusia dikurniakan malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam al-Qadar) melainkan satu-satunya ummat nabi Muhammad s.a.w. Jom kita penuhi hari-hari penghujung Ramadhan dengan meningkatkan amalan ibadat kita..!Masih belum terlambat kan?






Tuesday, August 24, 2010

Silaturrahmi


Pada akhir zaman,manusia saling bersengketa dan berbunuhan. Contohnya, anak tikam ibu,ibu buang anak,anak tembak bapa,bapa gantung anak dan berbagai-bagai lagi kes yang tidak dapat diterima oleh hati dan jiwa nurani manusia. Kenapa semua ini boleh berlaku?Padahal Allah telah menurunkan rahmat dan kasih sayangNya kepada ummat manusia agar saling mengasihi.

"Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya. "
(riwayat Muslim)

Tambahan, sebagai muslim, kita bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan erat sesama muslim dan juga non-muslim. Nabi s.a.w amat menggalakkan ummatnya menyebarkan salam. Salam di sini bukan sahaja bermaksud memberikan ucapan selamat semata- mata, tetapi menyebarkan keamanan,kedamaian dan rasa selamat kepada orang di sekeliling kita. Apabila manusia saling berdamai pastinya rasa iri,dengki dan busuk hati dapat dipadamkan.

Ketika hari kebangkitan, manusia akan berebut-rebut untuk mendapatkan syafaat (pertolongan). Terdapat pelbagai jenis syafaat dari Allah, al-Quran, Nabi s.aw, solihin, dan juga manusia-manusia yang terpilih oleh Allah untuk memberi syafaat. Sesetengah manusia dapat memberi syafaat kepada seorang,ataupun puluhan orang,mahupun ratusan orang yang dia kehendaki. Justeru, kita jalinkan ukhuwwah dan silaturrahmi sesama kita kerana kita tidak tahu dari kalangan kita, siapakah yang akan terpilih untuk memberi syafaat itu. Mungkin orang yang kita tidak suka itu lebih baik dari kita dan dapat memberi pertolongan di hari kebangkitan kelak.

Jom, kita mula menghubungkan silaturrahmi kerana Allah ta'ala. Sedangkan haiwan buas mengasihi anaknya dan dapat hidup harmoni dengan haiwan lain di dalam hutan belantara, kenapa kita yang dikurniakan akal fikiran tidak boleh berbuat begitu?

Jadi bagaimana nak menjalin ukhuwwah ye?