Sahabat-sahabat sekalian, Ramadhan hanya tinggal beberapa hari sahaja. Adkah kita telah menunaikan kewajiban kita sebaik-baiknya? Ikhlaskah puasa kita? Baikkah amalan kita? Adakah kita berjaya menepis kemungkaran yang sentiasa membelenggu diri? Sebelum Ramdhan melabuhkan tirai marilah kita renung-renungkan sejenak keistimewaannya serta amalan sunat yang dilaksnakan oleh Nabi s.a.w Keistimewaan Ramadhan :
- Dijanjikan syurga
- Ganjaran syurga berganda
- Dimuliakan Allah
- Diampunkan Allah
- Bulan diberkati
- Dianjurkan solat terawih
- Dianugerahkan lailatulqadar
- Pintu neraka ditutup,sedangkan pintu syurga dibuka
- Bangun sahur
- Melewat-lewatkan sahur
- Menyegerakan berbuka
- Meninggalkan bersugi setelah tergelincir matahari
- Memperbanyakkan sedekah dan memperluaskan belanja kepada ahli keluarga,kaum kerabat dan jiran
- Memperbanyakkan tadarus al-Quran
- Memperbanyakkan iktikaf
Duhai hati,bersedihlah kita kerana bulan Allah ini akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Hati ulama bersedih di penghujung Ramadhan kerana mereka memikirkan 2 perkara; pertama adakah Allah mengampunkan dosa-dosa mereka, kedua adakah mereka dapat menemui Ramadhan yang akan datang?Hebatnya iman mereka wahai sahabat sekalian.
Tetapi sebaliknya kita menghitung hari, bilakah akan menjelmanya Syawal.?Sungguh ampuh iman di hati kita. Adakah Ramadhan kali ini dapat mentarbiah kita menjadi insan lebih baik? Jika tidak,tepuk dada tanya iman. ,tidak semua ummat manusia dikurniakan malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam al-Qadar) melainkan satu-satunya ummat nabi Muhammad s.a.w. Jom kita penuhi hari-hari penghujung Ramadhan dengan meningkatkan amalan ibadat kita..!Masih belum terlambat kan?

No comments:
Post a Comment