Tuesday, September 28, 2010

uKhuWwaH




Apa maksud ukkhuwwah ye?

Ukhuwwah berasal dari bahasa Arab, akh bermaksud 'saudara'. Tapi, apa ruangan lingkup ukhuhwwah? Adakah hubungan abang dan adik angkat adalah ukhuwwah? Adakah berjalan berduaan lelaki dan wanita bukan mahram adalah ukhuwwah?

Ala,kami jalan-jalan je.Tak kacau hidup orang lain. Jagi tepi kain sendiri leh x? Tapi kalian semua jangan lupa, pasti ada orang ketiga yang akan menemani jikalau berduaan lelaki dan wanita. Siapa lagi, kalau bukan syaitan yang direjam dan dilaknat oleh Allah sampai kiamat.

Xpe, tinggalkan dulu masalah sosial tu, sekarang ana nak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan ukhuwwah ye. Dr Abdullah Nasir Ulwan menyebutkan bahawa tiada keimanan yang sempurna tanpa ukhuwwah. Betapa tingginya, nilai persaudaraan dalam Islam sehinggakan, manusia yang tidak menjalinkan ukhuwwah dianggap tidak sempurna imannya. Nauzubillah.

Allah berfirman dalam surah al-Hujurat ayat 10 :

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah, agar kamu mendapat rahmat."


Allah menyeru hambanya agar berdamai jika berselisih faham. Ingat, sebesar manapun dosa, setinggi manapun kesalahan, dan sedalam manapun kebencian kita kepada manusia, kembalilah mengingati Allah. Dia yang Maha Agung dan Pemaaf sentiasa mengampuni hambanya. Kenapa kita yang hina ni,mendabik dada menongkah langit untuk mempertahankan maruah, lantas kemaafan teramat mahal untuk diungkapkan. Walhal,manusia tetap manusia. Jika kita tidak memaafkan sahabat, keluarga,mahupun kenalan, kita sepatutnya rasa malu untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Sedarlah diri, yang kita hanya menumpang ye..!

Sebuah hadis menyebutkan 7 golongan manusia yang mendapat naungan Allah di akhirat :

  • Imam/Pemimpin yang adil
  • Pemuda yang taat kepada Allah
  • Pemuda yang hatinya tertaut kepada masjid
  • 2 orang yang saling mencintai,bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
  • Seorang pemuda yang diajak wanita melakukan maksiat, tetapi dia menolak dan berkata "Aku takutkan Allah"
  • Orang yang tangan kanannya bersedekah,tanpa diketahui oleh tangan kirinya
  • Orang yang mengalir air matanya ketika berzikir mengingati Allah.
Jom kita muhasabah, adakah salah satu golongan tersebut terdapat pada diri kita? Jika tidak beristighfarlah dan bersyukurlah kerana kita masih diberi nafas untuk hidup. Dan berusahalah berada di dalam salah satu kelompok yang Allah janjikan.(peringatan untuk diri ana)

Syarat-syarat ukhuwwah :
  • Hati ikhlas
  • Disertakan iman dan takwa
  • Sentiasa berpesan dengan kebaikan (surah al-Asr)
  • Tegak atas nasihat
  • Ketika senang dan susah
Kesimpulannya, maafkanlah walau terluka. Lupakanlah walau derita.Rapatkan ukhuwwah ikhlas kerana Pencipta yang menyeru kita menjaga tali persaudaraan.

No comments:

Post a Comment