Wednesday, October 26, 2011

Kongsi Resepi : Asam Pedas Ikan Kembong

Kali ini,entri lebih kepada bidang tugas kaum hawa iaitu masakan tengah hari. Ana nak berkongsi menu masakan 'Asam Pedas Ikan Kembong'. Cubalah..

Bahan-bahan :
  1. ikan kembong (4 ekor)
  2. bwang putih (2 ulas)
  3. bawang merah (3 ulas)
  4. cili kering (3-4 biji)
  5. serbuk jintan manis (1 sudu teh)
  6. serbuk kari (1 sudu teh)
  7. Asam keping (2-3 keping)
  8. Kacang bendi (4 biji)
  9. air (3 cawan)
  10. garam (secukup rasa)
Cara-cara
  1. Kisar bwg putih, bwg merah, dan cili kering bersama secawan air
  2. Masukkan dalam periuk sederhana besar dan buka api sederhana
  3. Apabila cili telah masak, masukkan jintan manis,serbuk kari, dan asam keping
  4. Tambah dua cawan air
  5. Bila kuah mendidih,masukkan ikan dan garam
  6. Akhir skali,masukkan kacang bendi yang dipotong serong
  7. Untuk lebih wangi,boleh letakkan bunga kantan ataupun daun kesom.

Kreativiti Syaitan Dalam Menggoda Anak Adam



Syaitan dianugerahkan kehebatan menggoda manusia yang tidak ada pada manusia biasa. Mereka dianugerahkan sifat tidak berputus asa dalam menggoda manusia daripada setiap sudut dengan pelbagai cara dan kreativiti tersendiri.
  1. Waswasah : Membisikkan keraguan kepada manusia ketika melakukan kebaikan atau amal saleh
  2. Tazyin : Membungkus kemaksiatan dengan kenikmatan. Segala perkara berunsur maksiat akan kelihatan indah
  3. Tamanni : Memperdaya manusia dengan khayalan dan angan-angan
  4. 'Adawah : Menanamkan permusuhan
  5. Takhwif : Menakut-nakuti manusia
  6. Saddun : Berusaha menghalang manusia daripada mengikuti perintah Allah dengan menggunakan pelbagai hambatan
  7. Wa'dun : Ertinya janji palsu
  8. Kaidun : Ertinya tipu daya. Syaitan berusaha memasang sejumlah perangkap agar manusia terjebak
Petikan Al-Quranul Karim ; The Miracle 15 in 1 (page 1018)

Jika syaitan mempunyai cara yang pelbagai untuk menarik manusia berbuat kejahatan, apa pula tindakan kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah untuk menarik manusia mendekati Allah? Ambillah pengajaran daripada kesungguhan syaitan. Mereka juga memperdayakan manusia dengan cara yang berhikmah; iaitu manusia yang lebih kuat imannya, lebih kuat godaannya.

Orang yang kuat beramal ibadat akan diuji dengan perasan riak terhadap amalan mereka.
Manusia yang berdakwah akan diuji dengan rasa lemah dan putus asa.
Orang yang jahil agama akan digoda agar terus jahil dalam Islam.
Pemimpin yang dilantik akan culas dan dikaburi dengan harta melimpah ruah.
Remaja yang mencari cinta,akan dikaburi angan-angan tentang indahnya hidup 'bercouple'..

Semua ini hanya segelintir kejahatan yang dilaksanakan oleh tentera-tentara syaitan yang cuba menbawa manusia menyimpang daripada ajaran Islam..Oleh itu, marilah kita sama-sama bertafakur dan banyakkan beristighfar agar segala tindak tanduk kita adalah berpandukan jalan yang benar.

Astaghfirullahal 'Azim..Astaghfirullahal 'Azim..Astaghfirullahal 'Azim..

Wednesday, October 5, 2011

Deep in My Heart..


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Ibu dan ayah..terima kasih..infiniti~atas kesudian kalian melahirkan, mengasuh dan membesarkan anak-anakmu..
Kami tak punya harta untuk membalas jasa kalian..Kami juga tak punya apa-apa untuk membalas jasa kalian..
Kerana budi dan kasih sayang kalian membesarkan kami, melebihi apa yang ada di langit dan di bumi..Semua harta di dunia tidak dapat membayar pengorbanan kalian terhadap kami...
Hanya ilmu sepicis cuma yang menjadi bekalan paling bermakna dalam hidup kami..Kalian pernah berkata, mak dan ayah tak tinggalkan harta buat anak-anak..Tapi ilmulah sebagai bekalan hidup di dunia ini..Kalau anak-anak mengabaikan ilmu..Maka terpinggirlah kalian..Kalau ilmu tidak diamalkan..gelaplah kehidupan..
Ingin anakmu khabarkan bahawa, kalian telah memberikan segala-galanya pada kami..Kebaikan-kebaikan yang kalian pamerkan,akan kami gunakan buat bekalan dunia dan akhirat..
Malahan, kami mendoakan agar setiap pekerjaan baik yang kami laksanakan turut menjadi saham buat ayah dan ibu..Setiap tutur kata kami yang baik, menjadi hadiah pahala kami buat ibu dan ayah..Setiap amal ibadah kami yang diterima oleh Allah, diberikan ganjaran pahala buat ayah dan ibu yang mengajar kami perkara kebaikan..
Terima kasih ya Allah, atas kurniaan kedua orang tua yang terbaik untuk kami..Anugerah yang tidak ternilai dengan seisi dunia..

"Wahai tuhan kami, kau gugurkanlah dosa-dosa ibu bapa kami seperti mana mengalirnya peluh-peluh dan darah mereka ketika mereka membesarkan kami..Pandanglah wajah keduanya dengan pandangan kasih dan rahmatMu..Kau alirkanlah pahala-pahala kebaikan amalan soleh kami kepada mereka sehingga hari kiamat..Kau masukkanlah keduanya ke dalam syurgaMu yang terindah.."