Tuesday, February 8, 2011

D-I-S-L-E_-K-S-I-A

Bismillahirahmanirrahim..
Ana ingin memetik satu perkataan yang menjadi satu tanggapan negatif kepada pelatih-pelatih guru di kelas ana. Bila disebut saja DISLEKSIA, ia seolah-olah menjadi satu gurauan nakal sebagai modal untuk mengusik rakan-rakan. Ana pun turut tidak dapat melarikan diri daripada digelar dengan perkataan ni.Hoho..Memang besh.
Diskleksia merujuk kepada kekeliruan yang dihadapi oleh manusia dapat dikesan seawal usia sekolah rendah, ketika mana murid mula belajar menulis. Guru dapat mengesan melalui cara penulisan kanak-kanak yang menulis huruf secara terbalik. Ana petik ciri-ciri kanak-kanak istimewa ni :
-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
-membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah


Antara ciri-ciri lain adalah tidak dapat membezakan arah kanan dan kiri, tidak dapat menceritakan kembali perkara yang didengarinya.

Adakah anda bermasalah menentukan arah?

Ana memang mengalami masalah untuk membezakan arah,tambah-tambah lagi dalam situasi genting. Misalnya time tengah driving memang pernah buat hal juga. Ada satu peristiwa time tengah belajar memandu,cikgu yang membimbing ana geleng je kepala bila dia menyebut.."ok boleh bagi signal kanan.." ana dengan confident memberikan signal kiri dan berdesup je nak masuk sebelah kiri jalan. Aduhh..pening kepala cikgu.Lain yang diberitahu,lain yang dibuat.Nasib baik tak kena hon.Sebab ada gantung 'L' kan.Jadi tak de masalah.
Kemudian, ada satu time tu.Kawan baik ana ada la nak tolong hantarkan ana sampai ke rumah. Bila tiba je kat traffic light, ana pun bagitau driver belok kanan,belok kanan.Padahal tangan ana tengah angkat menunjuk ke kiri. Pening dah driver tu.Kereta tu pun macam dah termelelong dah kat tengah-tengah jalan tu. Haish,ada jugak nak kena sekeh kepala ni. Memang lucu bila kenang kembali.
Ada satu ketika lagi, ana tengah siang ikan. Perut ikan letak tong sampah, ikan letak dalam besen. Tetapi, sedar-sedar je lepas siang ikan. Dah tertukar tuh. Ikan mendarat dalam tong sampah, perut ikan lak terampai je dalam besen. Huhu,time bila ana tertukar lak ni.Hurm,nasib baik tak buat perangai tuh time kenduri-kendara. Kalau tidak,mesti jadi satu bualan orang, buat kerja sambil berangan..!
Baru-baru ni pun, masih meneruskan rutin yang sama.Hehe. Ana berpraktikum di SK Padang Ampang di Kuala Kangsar, antara perkara yang berlaku sepanjang 2 minggu ni :

a)tersilap jalan da nak gi sekolah..(walaupun dah masuk kali ke berapa ntah lalu jalan tu). Sebab kat kkangsar ada 'round about' yang comel. Kat situ ana kadang-kadang blurr nak belok ke mana.
b)tersilap cikgu
Kebetulan,pada hari tu saya akan diobserve oleh mentor Sains."Cikgu, sekarang dah tiba time Sains. Kelas saya kat makmal."dengan sopan sekali ana bagitau cikgu pembimbing tu. Tau tak apa dia reply.Huhu. "Saya rasa awak dah silap orang,saya cikgu BM.Cikgu Sains lagi sorang.." Ya Allah,malunya.Rasa macam nak masuk je bawah meja guru tuh.Kenapa muka depa macam sama je. Nasib baik, cikgu tu sambut lawak yang ana buat dengan gurauan. Nak cover takut ana malu kot.
Apakah anda pernah mengalami masalah yang sama?Banyak lagi kisah-kisah melucukan yang berlaku disebabkan ana tak dapat membezakan arah dengan baik. Mungkin,ana dah setting dalam kepala kalau tangan kiri adalah arah kanan, Manakala tangan kanan merujuk arah kiri. Memang berbahaya kalau kat jalan raya kita tersalah arah ni. Nak ke kanan bagi signal kiri (macam pernah ana buat ni). Tapi nak buat camna ye, sifat kidal agak mempengaruhi ana dalam membuat pemilihan arah yang betul. Segala perkara kita akan lakukan songsang berbanding orang yang bertangan kanan.
Manusia pun tidak lari daripada masalah 'disleksia' iman. Kita akan mengalami pasang surut dan tersalah pilih arah dan jalan. Walaupun, akal dan iman mengatakan perkara tersebut salah. Tetapi godaan syaitan menutup hati memilih jalan kebenaran.Jadilah marilah kita sama-sama memohon petunjuk agar Allah memberi hidayah serta, ketetapan dalam melaksanakan perkara kebaikan dan disulitkan dalam mengerjakan perkara kemaksiatan. Seperti kata-kata orang tua kalau perkara baik elok kita percepatkan, tapi kalau perkara buruk yang terlintas elok kita tangguh-tangguhkan agar,keinginan tersebut dapat dilupakan.
"Saat mati kian hampir,bersediakah kita...?"



No comments:

Post a Comment