Assalamualaikum wbt..Minggu ni dah masuk minggu ke-2 ana berpraktikum di sebuah sekolah pilihan ana. Ana ditakdirkan untuk mengajar Sains dan Bahasa Inggeris di kelas yang sama. Dengan kuantiti murid 41 orang.Tahap akademik yang berbeza-beza daripada yang tidak pandai menulis sehinggalah yang cerdik belaka..
Dalam kelas ana selalu ingatkan murid agar tidak takutkan cikgu, tetapi takutkan Allah, pemilik syurga dan neraka. Hal ini ana terapkan agar mereka merasakan sifat ihsan bermula dari kecil lagi.
MINGGU 1
Pada hari pertama ana memasuki kelas ini, ana menugaskan mereka untuk menghafal 'vocabulary' dalam buku teks Sains. Selesai menghafal murid diminta menutup buku dan cuba menghafal kembali perkataan tersebut tanpa merujuk buku. Tetapi ada seorang murid yang curi-curi membuka buku. Jadi, ana lantas minta dia berdiri dan cuba bertanya apa kesalahan yang dilakukan.
Cikgu : Apa yang awak dah buat?
Murid : Membuka buku
Cikgu : Cikgu ada pesan suruh tutup buku kan?
Murid : Ada
CIkgu : Sekarang cikgu yang bersalah atau kamu yang salah?
Murid : Saya
Cikgu : Okay, kelas dengar ni. Kalau kamu semua nak menipu cikgu, sampai mati pun cikgu tak tau. Tetapi siapa yang tahu?Allah...Allah tahu apa yang kamu lakukan. Malah Allah tahu apa yang ada dalam hati kamu.
Kalau kecil-kecil lagi kamu dah berani menipu cikgu, tak mustahil bila kamu dah dewasa kamu akan menipu lebih ramai manusia malah boleh jadi pembunuh,perompak.Tapi cikgu tak nak sebut,sebab doa seorang guru adalah mustajab. Kalau cikgu tak tegur kamu sekarang, cikgu pun akan turut dapat saham dosa kamu, walaupun cikgu dah tak de kat dunia ni.FAHAM!
Dengan garang ana berleter pada sorang murid ni. Yang lain nampak takut-takut untuk buat kesalahan yang sama.
MINGGU 2
Pada kali ini, ana mengadakan kelas di makmal Sains. Risau juga memikirkan kawalan kelas nanti. Jika terpecah barang atau terosak apa-apa ana yang kena bayar ganti rugi. Keadaan makmal ketika itu masih berselerak belum dikemaskan lagi kerana menunggu almari yang belum sampai. Ketika ini, kesabaran ana sungguh teruji. Di awal kemasukan ke dalam makmal ana telah menetapkan beberapa peraturan makmal yang perlu diikuti murid.
1. Masuk ikut pintu hadapan
2. Tidak dibenarkan mengusik barangan di belakang makmal (sebab belum dikemaskan lagi)
3. Tidak dibenarkan berjalan dan merayau tanpa kebenaran guru
4. Tidak dibenarkan berbual-bual ketika guru menerangkan di hadapan
5. Beratur ketika keluar masuk makmal
(selebihnya akan direka kemudian,hihi)
6....
7..
Tetapi, baru saja selesai ana terangkan tiba-tiba kelas dah jadi macam pasar malam. Huhu.Murid berjalan-jalan,bersembang-sembang,mengusik rakan, dan macam-macam hal lagi. Ya Allah,beginikah ana diuji. Tetapi ana terus bersabar dan meminta mereka senyap dan cuba fokus dengan pengajaran. Sebenarnya, mereka melakukan pelbagai hal untuk menarik perhatian guru (huh,tambah lagi guru baru.memang naik lemak).
Sebaik sahaja selesai membuat lembaran kerja, mereka berterusan bersembang lagi. Ana manusia,memang ada tahap kemarahan. Walaupun ana susah nak marah, tetapi ketika itu darah ana memang betul-betul menyirap melihat tingkah laku murid yang langsung tak pedulikan ana kat depan ni. Ana pun teruskan bebelan dan rasa macam nak lempar je buku tu kat muka murid, biar mereka terkejut dan sedar yang ana memang tengah naik angin. Astaghfirullah, baru ana terdetik. Marah ana ni datang dari syaitan. Dibisikkan untuk melaga-lagakan anak Adam.
Maka ana pun, cepat-cepat istighfar dan terus teringatkan sebuah hadis yang menyebut berkenaan cara mengawal kemarahan. Antaranya :
Daripada Abu Dzar, ia berkata: Sesungguhnya Rasulullah berpesan kepada kami dengan sabdanya yang bermaksud: “Jika salah seorang antara kalian marah sedang pada saat itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah ia berbaring.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
1. Jika sedang berdiri, maka duduklah
2. Selain itu, berwuduklah untuk memadam api kemarahan yang dihembuskan oleh syaitan
Maka ana pun terus duduk agar rasa marah itu dapat dikurangkan. (sebenarnya cikgu tak digalakkan duduk 'time' sesi p&p ^_^). Alhamdulillah,serta merta perasaan marah berlalu seolah-olah terdapat air yang menyejukkan hati. Nasib baik ana tak buat perkara bukan-bukan 'time' bengang tadi. Betul, bila kita marah kita akan hilang separuh kewarasan. Macam separa gila la gitu. Apa yang dilakukan akan berada di luar kawalan.
Sekilas kata, cikgu zaman sekarang tak boleh menyalahkan seratus peratus kesalahan atas bahu murid ataupun mak bapak. Cuba muhasabah diri kita kembali. Kenapa murid tidak faham apa yang diajar?Mengapa murid tidak terkesan dengan kata-kata kita?Adakah kita pernah memohon kepada Allah agar memberi kefahaman kepada murid kita? Adakah kita menggantungkan rasa tawakal kita kepada Allah atas segala isi pengajaran kita? Adakah kita sendiri mengamalkan apa yang kita ungkapkan?
Kejatuhan moral di kalangan remaja bukan 'totally' datang dari mereka, tetapi datang daripada didikan orang tua yang menjadi 'role model' mereka. Mengapa akhlak mereka teruk? Sebab 'role model'nya adalah kita. Misalnya,jikalau kita nak makan kek yang sedap dan lazat, maka intipatinya perlulah baik dan berkualiti. Kita perlu titikberatkan lagi berkenaan tepung,telur,majerin, gula dan bahan lain yang akan membentuk kek itu. Dari mana sumber duit diperolehi untuk membeli barang mentah tersebut. Apakah bahan yang digunakan benar-benar halal dan berkhasiat untuk tubuh? Jika bahan tak berkualiti, bagaimana nak harapkan kek sesedap 'secret recipi'.
Kesimpulannya, belajarlah mengawal kemarahan.
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w. “Berwasiatlah kepadaku, “Lalu Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.” Orang itu mengulangi permintaan beberapa kali, Nabi s.a.w menjawab: “Janganlah engkau menjadi seorang yang pemarah.”
Riwayat al-Bukhari
No comments:
Post a Comment