Saturday, July 31, 2010

"Turn To A New Leaf"


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan kepada ana untuk menghirup oksigen di muka bumi dengan nikmat yang tidak terhitung banyaknya. Alhamdulillah,segala pujian bagiMu Tuhan sekalian alam

Dengan rahmat Allah, ana diberi peluang menjumpai dan menemui apa yang dicari. Ya Allah, betapa besarnya rahmatMu. Walaupun tangan dan hati sentiasa bergelumang noda dan dosa,namun engkau tetap memilihku untuk melaksanakan beban risalah dakwahMu.

Penantian suatu yang sukar,hatiku hampir berpaling tadah dariMu. Kesusahan mengajar ana bahawa nilai dan perjuangan dakwah tidak mudah dipikul melainkan oleh insan-insan yang dipilihNya. Ya Allah,kau tetapkanlah hatiku dan bimbinglah aku, untuk berada di jalanMu, memijak duri-duri dan kaca-kaca di sepanjang ranjau perjalanan kerana aku ingin mendapat reda dan rahmatMu.

Rakan-rakan,sementara kesempatan masa yang masih ada, marilah kita berubah ke arah yang lebih baik. Hitung kembali nikmat-nikmat Ilahi yang pastinya akan menginsafkan kita.
Lets turn into a new leaf ..! Dan mulakanlah segala amal perbuatan dengan niat ikhlas kerana Allah

No comments:

Post a Comment