Aku menyedari akan peranan yang sedang diamanahkan oleh Allah kepadaku yakni, sebagai anak,pelajar,kakak, dan paling penting bakal guru yang akan mencorak anak bangsa. "Ya Allah, sesungguhnya engkau telah meletakkan aku di dalam jalan ini, maka kau tolonglah aku menghadapi segala mehnah yang bakal aku hadapi di sepanjang ranjau ini. Kau bimbinglah aku dalam mencari jalan kebenaran".
Bagiku tempoh 5 tahun 1/2 pengajian di institut pendidikan guru adalah satu tempoh yang sangat singkat bagiku untuk menyediakan mental dan fizikalku untuk menjadi seorang guru berdedikasi. Ya, aku teringat english word says, "the best teacher is experience". Jadi hanya pengalaman yang mapan akan membantu aku untuk menjadi guru yang serba boleh. Aku perlu memperbaiki kelemahanku iaitu pertuturan dalam bahasa Inggeris. Komunikasi dalam b Inggeris sangat penting kerana medium pengajaranku kelak dalam bahasa Inggeris (minor bi).
Minggu depan merupakan detik yang paling mendebarkan kerana aku diamanahkan untuk berpraktikum di Sekolah Methodist Perempuan Ipoh. Aku mengharapkan agar segala-galanya berjalan dengan lancar dan semoga Allah mempermudahkan segala urusanku.
Setiap daripada kita telah ditulis takdir hidupnya,melainkan doa yang dapat mengubah takdir tersebut. Jadi laksanakan segala ketetapan itu dengan penuh kebaikan. Jika kita seorang doktor,jadilah doktor yang amanah,jika anda seorang usahawan jadilah usahawan yang amanah,jika anda seorang guru, jadilah guru yang amanah agar kita dapat menjawab segala persoalan di padang masyhar dengan baik.
Aku tertarik dengan lirik daripada kumpulan Mawaddah iaitu Bila Tuhan Tak Ditakuti. Nasyid ini menggambarkan kerosakan di sana sini akibat tidak mentakuti Allah Yang Maha Agung. Di sinilah pentingnya nilai ihsan yakni kita merasakan seolah-olah Allah sentiasa melihat kita, akan menjadikan kita sentiasa berwaspada dengan setiap tingkah laku dan hala hidup kita.
Semoga kita berada dalam kalangan orang-orang yang beruntung yang sentiasa mencari peluang membuat kebajikan dan menjaga amanah.
No comments:
Post a Comment