Tuesday, April 26, 2011

TiNy But LarGe..?


Semalam..ana meraikan hari lahir rakan yang sebilik dengan ana,usia persahabatan kami menjangkau 4 tahun lebih..dan..ini adalah kali terakhir kami akan meraikan sambutan kelahiran..sebelum dipostingkan ke tempat yang Allah telah tetapkan kelak..hati ana terjentik sayu..banyak kenangan pahit manis yang mematangkan hubungan persahabatan kami.. Hanya dengan satu ungkapan selamat hari lahir,dapat membuka simpul hasad yang mengusutkan
kesucian persahabatan..dapat menghembus debu prasangka yang hinggap..dapat menyejukkan hati ng membara..dek satu bisikan syaitan yang tidak henti meniupkan api persengketaan antara manusia.

"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." (17:53)

Jangan kita pandang remeh kepada perkara kecil,kerana semut api boleh membakar hutan belantara, sebatang mancis mampu membakar sederet kedai,setitik nila boleh merosakkan sebelanga susu, dan seekor kumbang mampu merosakkan bunga setaman.Jadi,perkara kecil boleh memberi kesan yang besar kepada kita. Its so tiny matter but give a large effect into human beings.Jadi,mari kita muhasabah apakah sekecil perkara tetapi dapat memberi kesan yang besar kepada hubungan persahabatan. Bagaimana hendak mengambil hati sahabat ye? Lakukan perkara remeh yang kita pandang sepi dan rasa tak penting pun untuk dilaksanakan.Antaranya :
1. Kemaskan buku sahabat
2. Gosokkan baju sahabat
3. Lipatkan baju sahabat
4. Basuhkan pinggan/cawan yang terbiar di dalam sinki
5. Kemaskan katil sahabat
6. Mendengar dan mengangguk tatkala dia bercerita perkara penting
7. Belikan manisan atau minuman kepadanya
8.Sikatkan rambut,minyakkan rambut, pakaikan butang bajunya >>Allah mesranya..=)..
9.Mengucapkan..good luck/take care/jaga diri ketika waktu-waktu tertentu..
10.Mendoakan kebaikan kepada sahabat
Sekali anda buat pasti,sahabat akan terkenang kebaikan anda sampai bila-bila. Misalnya tolong lipatkan baju sahabat tatkala dia kesibukan. Pasti dia akan merasa terharu dan disayangi. Kalau anda ingin kemanisan bersahabat cubalah mengambil hati sahabat dengan perkara-perkara kecil sebegini.Pastinya hati dia akan tercuit dengan kebaikan yang dihulurkan oleh kita.
Kita adalah manusia biasa yang cuba mengejar kesempurnaan.Tetapi jalan kesempurnaan itu hanya tercapai dengan tidak melalaikan sekecil-kecil perkara kan. Sahabat,dengarkanlah..lubang sebesar mata jarum bisa mengeringkan empangan air.Jadi,berusahalah menampung lubang itu, agar air tidak kering dan kita dapat meneruskan kehidupan kita dengan menuju kesempurnaan."What you give,will be what u get.."
p/s :Jangan amalkan selalu.Sekali sekala boleh la.Nanti kan, manja lak

No comments:

Post a Comment