Saturday, January 29, 2011

Testing..Testing..1,2,3

Assalamualaikum wbt..Ya Allah detik itu makin hampir..Tahun akhir pengajian yang dinanti-nanti akhirnya kunjung tiba..Tetapi kerisauan melanda disebabkan pertambahan amanah dan tugasan juga menjadi semakin mencabar..Hati ini cuba belajar untuk menelan segala kepahitan ujian bersama seteguk kemanisan rasa redha kepada ketentuanNya..
Setiap hari, ana ternanti-nanti apakah yang Allah akan aturkan kepadaku pada hari ini.Apabila ana menyerahkan segala urusan kepada Allah,maka hati ini pasti akan tenang dengan setiap masalah yang menimpa. Masalah adalah satu tarbiah Allah untuk mendidik hati nurani manusia.Masalah adalah satu cabaran untuk diselesaikan.Masalah adalah perkara yang mematangkan fikiran. Malah ujian dan masalah menyucikan kembali manusia daripada noda dosa. Kenapa,tak setuju ke?
Ye, betul dengan masalah yang menimpa,manusia secara fitrahnya akan kembali kepada pencipta. Mula memohon agar dikeluarkan daripada sarang masalah tersebut. Hah,ketika inilah hati akan tersedar bahawa dia diuji kerana melupakan penciptanya. Apabila ujian datang barulah tersedar dari khayalan indah dunia. Barulah tersentak dari kenikmatan melakukan dosa-dosa anyaman syaitan dan nafsu durjana.Ketika inilah,iman berbisik agar kembali ke jalan yang benar,iaitu mengamalkan cara hidup Islam berdasarkan syariat Allah.
Apabila ujian menimpa terimalah dengan hati yang lapang. Bersabarlah..Bersabarlah..dan bersabarlah..!Seperti firman Allah dalam surah al-Imran:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Ali-Imran: 200)
Tenanglah menghadapi ujian..


Emak selalu nasihatkan ana agar bersabar jika menghadapi sebarang masalah. Andai masalah menimpa,pasti ana akan ceritakan pada emak. Namun,hanya perkataan 'sabar' meniti di bibirnya. Betul, beruntunglah orang yang sabar dan tidak bertindak mengikut kehendak nafsunya. Kesabaran pasti akan membuahkan hasil yang menggembirakan. Dengan sedikit kesabaran,pasti segala masalah selesai, tetapi perlu ada usahalah untuk men'settle'kan masalah tu.

Ana ada petikan untuk dikongsikan bersama kalian :
  1. Jika anda merungut kerana bebanan assignmet yang banyak maka bersyukurlah kerana anda sedang melanjutkan pengajian berbanding ramai orang yang tidak dapat menyambung pengajian
  2. Jika anda merungut kerana terpaksa berkongsi makanan dengan adik maka sedarlah bahawa anda masih mempunyai seorang adik
  3. Jika anda merungut kerana perlu mengemas bilik dan baju yang bersepah maka sedarlah bahawa anda mempunyai tempat berteduh dan tidak merempat di tepi jalan
  4. Jika anda merungut kerana harga minyak yang mahal maka sedarlah yang anda masih berkenderaan
  5. Jika anda merungut kerana elaun yang belum masuk,maka sedarlah bahawa anda masih diberikan elaun
  6. Jika anda merungut,bosannya makan makanan yang sama setiap hari maka sedarlah yang anda masih mempunyai makanan di tangan untuk disuapkan berbanding pelarian Palestin yang kebuluran
  7. Jika anda merungut penat berjalan kaki ke tempat kuliah, maka sedarlah yang Allah masih mengurniakan sepasang kaki untuk anda berjalan
  8. Jika anda merungut kerana mendengar leteran ibu yang tak berkesudahan maka sedarlah yang anda masih mempunyai seorang ibu di dunia ini
  9. Jika anda merungut bosan kerana tiada kerja,maka sebenarnya anda dalam keadaan bahaya. Sebab ummat Islam dilanda gejala sosial dan pelbagai masalah ummah walhal anda goyang kaki dan masih sempat untuk rasa bosan
  10. Jika anda rasa marah kerana dileteri pensyarah sedarlah yang anda masih diambil berat oleh orang lain
Anda boleh sambung lagi apa2 pernyataan yang sesuai dan sama waktu dengannya. Kita banyak merungut bila masalah datang. Tetapi adakah kita bersyukur apabila diberikan nikmat yang tak terkira banyaknya?Hanya sebesar kuman ujian melanda berbanding sebesar alam nikmat anugerahNya. Saiz kuman(virus) = alam semesta?Jauh bezanya tu.
Ana terharu dengan lagu nyanyian kumpulan In-Team dan Nazrey (Raihan) yang mengungkapkan erti kehidupan manusia yang sentiasa diuji. Setiap bait-bait lagu ini memberikan semangat baru kepada ana setiap kali menghadapi masalah. Jom kita hayati lirik ni sama-sama..!


KEHIDUPAN


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Ujian adalah tarbiah dari allah(allah...)
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari tuhan..

Monday, January 24, 2011

LeTiH Ke?


Em..letih..penat..lesu..tak larat yang teramat..Rasa macam tak nak buat apa-apa..Nak duduk saja goyang kaki..Nak tidur puas-puas..Mimpi indah-indah..Main game ke lepak-lepak ke..
Tapi,bila fikir-fikir balik..Apakah Nabi s.a.w tidak letih dalam perjuangan,sedangkan baginda juga manusia yang punyai kudrat yang sama..Tetapi berbekalkan kesucian hati baginda,semua keindahan dunia baginda tinggalkan demi membawa islam ke seluruh ummat manusia..
Geraham baginda pernah berdarah kerana kita, gigi baginda patah disebabkan kita, tubuh baginda pernah diletakkan najis kerana kita, tubuh baginda pernah dilontar batu-batu kerana kita, dan mata baginda pernah menangis disebabkan kita..Nyawa baginda turut menjadi taruhan untuk menyampaikan islam kepada kita..
Apa pula balasan kita kepada Nabi s.a.w. Apakah kita sedang menyambung rantai-rantai pejuangan baginda? Atau paku karat yang hanya akan merosakkan papan kayu..Malah berbahaya kepada kesihatan manusia..
Jika hanya dengan sedikit lelah kita sudah merungut penat..jika dengan sedikit tenaga kita sudah rasa tak berupaya..malulah kita kepada baginda....Apakah kita sudah lupa,bahawa kudrat itu datang dari Allah..Untuk digunakan pada jalanNya..Mentaati perintahNya..Bukan untuk dibazirkan pada jalan tak berguna..
Jadi jika rasa penat,sandarkanlah pada Allah, agar dia permudahkan kita dan menerima segala amalan kita..Dan berusahalah menjadi orang yang sentiasa memudahkan orang lain..Kerana manusia yang sentiasa memudahkan urusan orang lain,maka di akhirat kelak, pasti Allah akan menolong dan memudahkan segala urusannya..
Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah..Peluh,kudrat,air mata dan darah pejuang pasti akan dibalas setimpal dengannya..Iaitu jannah Allah yang terindah..Sehinggakan orang-orang yang mati syahid berasa sungguh nikmat bertemu dengan Allah..Malah mereka ingin meminta untuk dihidupkan dan mengulangi lagi kesakitan mati syahid berkali-kali, kerana merasa kelazatan menemui Allah di padang masyhar..Tatkala Allah menjemput mereka dengan penuh sopan dan lembut..Walhal ummat pada ketika itu berada dalam keadaan yang kacau dan kucar kacir..
Manfaatkan usia muda,amalkan 5 perkara sebelum 5 perkara..Rasanya kalian lebih tahu apakah perkara2 tu..=)..Letih tu hanya sementara di dunia..Kelak di hari akhirat, tiada lagi istilah letih..Bersabarlah menghadap keletihan dunia yang sedetik cuma,berbanding indah dan nikmatnya syurga dan rahmat Allah..


Thursday, January 13, 2011

Terlaksanakah amanah itu?


Ya Allah, di kala umur yang semakin meningkat..semakin banyak tanggungjawab menjadi sandaran..Tetapi adakah semuanya terlaksana..

Kadang-kadang hati tak keruan memikirkan tanggungjawab yang engkau amanahkan. Berat..Sungguh berat..Nilai mata wang yang menimbun tak dapat meringankan dan mengatasi akan beratnya amanah..

Kadang-kadang lisan menyebut..Tetapi adakah anggota badan turut melaksanakan apa yang diperkatakan? Ya Allah, aku takut untuk berdepan denganMu..Risau akan amanah yang tak terlaksana..Tanggungjawab yang culas..Sungguh,aku manusia biasa..Selalu alpa dengan nikmatMu..Sehingga melupakan amanah yang selayaknya ditunaikan..

Di pengakhiran tahun pengajian,aku semakin sebak memikirkan, apakah aku melaksanakan segala tanggungjawab sebaiknya. Bagaimana nasibku di alam barzakh kelak?Aku pasti akan dipersoalkan,ke manakah seluruh usia mudaku dihabiskan? Apa sumbangan aku terhadap islam di tempat pengajianku?

Astaghfirullah..dosaku menimbun tinggi ya Allah..tetapi rahmat dan keampunanMu lebih luas..dan engkau menyediakan syurga seindah dan sempurna walhal, hanya pakaian ibadat yang koyak rabak dipersembahkan oleh hambaMu..

Ya Allah,berikan kekuatan untuk melaksanakan segala amanahMu..Agar aku dapat menjawab segala persoalanMu dengan baik di padang mashyar..Agar aku tidak malu untuk bertemu denganMu..

Allah SWT berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan juga janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (QS Al-Anfal [8]: 27).

Ingatlah memegang amanah adalah seperti menggenggam bara api. Luka dan melecur sudah jadi adat resam. Tetapi, biar kulit dan daging terkupas
asal bara api terus bernyala hingga jadi debu. Tunaikan amanah sebaiknya, biarpun harta ringgit dan masa muda remaja menjadi taruhan.

Thursday, January 6, 2011

NeW PerCeptIOn..


Assalamualaikum wbt.. Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Tuhan sekalian alam, yang tidak henti-henti melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya. Betapa agungnya rahmat dan kasih sayangMu ya Allah. Ingin ku sujud syukur atas segala-galanya yang Kau anugerahkan kepadaku.

Sempena tahun baharu 2011,ana menarik nafas syukur atas kesempatan menghirup udara di muka bumi Allah,memijak tanah yang subur, melihat pepohon rendang,rama-rama berterbangan riang gembira, merasai kelembutan angin membelai pipi dan yang paling utama dapat merasai kesyahduan bertemu denganMu di setiap kali dahiku sujud mencecah tanah.

Tetapi dalam kesyukuran yang berpanjangan, kadangkala hati lalai padaNya.Kaki tersalah langkah dan mulut tersalah berbicara. Tetapi keampunan Allah itu besar. Lebih luas dari dosa-dosa hambaNya. Kadang-kadang,diri ini mengutuk nafsu dan mencerca keinginan duniawi yang melampaui batas. Tetapi akal hilang pertimbangan dan hanya membuntuti hawa nafsu seperti lembu dicucuk hidungnya. Jadi,gunakan sabun istighfar dalam setiap kali membersihkan diri dari daki-daki dosa yang tidak henti-henti melekap pada tubuh.

Pengalaman lalu,banyak mengajar untuk berhati-hati dalam meniti arus kehidupan. Sudah lumrah kehidupan,manusia yang baik pasti akan dianiayai dan dizalimi. Diambil kesempatan atas kebaikan ataupun kekuranganNya. Jangan lupa, Allah itu Maha Adil, setiap apa yang dilakukan pasti ada pembalasanNya. Jadi, serahkan segala urusan tersebut kepada Allah. Pasti Allah memberikan keadilan kepada kita. Terima kasih kerana menzalimiku,terima kasih kerana menganiayai diriku dan terima kasih kerana mengambil kesempatan atas diri yang kerdil ini. Ana tahu di sisi kita ada yang lebih mengetahui apa yang berlaku dan lebih berkuasa mengatur segalanya. Sekarang,ana lebih berhati-hati kerana dunia ini rupanya palsu belaka. Senyuman palsu, hubungan palsu, perasaan yang palsu dan sebagainya. Hanya mata hati yang dapat membuka hijab untuk melihat perkara yang tulen.

Apa yang dilhat tidak sama dengan apa yang tersirat. Cuma pesan ana pada sahabat-sahabat berhati-hatilah dengan segala kemungkinan. Ummat Islam yang bijak tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali. Berjimat cermat sebelum papa kedana,beringat-ingat sebelum terkena. Dan jangan cuba makan cili,jika tidak sanggup menahan kepedasannya.

Okay,sekarang buka topik baru pulak..Kalian semua percaya tak pada keberkatan? Seperti dalam kisah 'Dunia Baru', mak kepada Piarre Andre selalu mengungkapkan perkataan kaf, ba, ra, ta , nun.. KEBERKATAN..Setiap perkara yang dilakukan perlu ada keberkatan. Bagaimana nak dapatkan keberkatan? Salah satu contoh dalam situasi kehidupan, ungkapan bismillah dalam setiap pekerjaan yang dilakukan pasti akan beroleh keberkatan dari Allah. Macam mana nak tau berkat ke tak? Misalnya, kalau Si A mengulangkaji dalam masa sejam sahaja,dia dah dapat memahami keseluruhan topik dengan baik sekali,padahal si B mengambil masa berjam-jam malah berhari-hari untuk memahami topik tersebut Ini bukan soal pandai ke tak pandai, tetapi soal keberkatan masa yang Allah anugerahkan kepada Si A tersebut. Setiap orang dianugerahkan masa yang sangat cantik,24 jam seorang. Tetapi, tak semua orang merasakan 24 jam tu cukup untuk mereka. Manakala ada orang merasakan 24 jam terlalu lama. Macam mana tuh?

Begitu juga dengan setiap amal perbuatan kita yang lain. Misalnya, ana ambil contoh bagi kaum muslimat yang sentiasa memerah keringat di dapur untuk menyediakan makanan dan minuman kepada keluarga tersayang. Adakah makanan yang disediakan berkat? Makanan yang berkat sentiasa disebut-sebut nama Allah dan sentiasa dibacakan selawat agar ahli keluarga yang makan makanan tersebut sentiasa dilimpahi Nur daripadaNya. Bagaimana nak harapkan keluarga yang harmoni dan bahagia jika makanan tersebut tidak dimulai dengan basmallah. Tambahan pula, orang yang menyediakan makanan tersebut melakukan maksiat kepada Allah. Gantikanlah nyanyian-nyanyian (dangdut ke, rock ke, kalsik nasional ke) yang berkumandang kat dapur dengan pujian dan selawat yang lebih memberkati hidup kita dan ahli keluarga. Dan niatkanlah setiap butir nasi yang ditanak dapat membantu memberi tenaga kepada kita untuk menjalankan ketaatan kepada Allah.

Bagaimana pula dengan muslimin? Sambil-sambil mengecat dinding rumah di kala kenduri menjelang, ataupun mengetuk paku di dinding, ataupun mencangkul rumput di halaman..jangan lupa amalkan zikir dan selawat yang pasti membawa keberkatan dalam setiap amalan harian kita.Orang yang sentiasa mengingati Allah sekali, maka Allah akan mengingatinya beribu-ribu kali kerana selangkah kita dengan Pencipta, seribu langkah Allah 'berlari mendapatkan kita'.Betapa beruntungnya jika kita rahmat dan kasih sayangNya.

Kesimpulannya,umur semakin bertambah.Jadi persepsi kita terhadap alam sekeliling perlu berubah sering dengan kematangan pengalaman dan pengetahuan yang kita timba selama ini. Hiduplah dengan menyumbang apa-apa kerana, dunia adalah ladang sebelum ke akhirat. Kalau tidak menanam dari sekarang,apa yang kita akan petik di akhirat nanti? Kalau banyak menanam pula, jangan diletakkan banyak racun dan serangga perosak( penyakit riak dan takbur) takut rosak hasilnya nanti. Fahamilah dan mengertilah..!



Saturday, December 4, 2010

HIBURAN vs PENGISIAN ROHANI




C.U.T.I...hanya terdiri daripada empat huruf namun, memberi impak yang begitu besar..menggembirakan..menyemarakkan semangat..menenangkan..ibarat memberi sepinggan mee goreng panas kepada seorang yang sedang kebuluran(hehe, betul ke perumpamaan ni)..Tapi,bagaimana kita mengisi waktu cuti,waktu lapang,waktu senggang?
"Saya nak khatam citer korea..".."Saya nak keja,cari duit sket..".."Saya nak tolong mak ayah di rumah"..."Saya nak tidur sepuas-puasnya..haha(ketawa jahat).."Saya nak tambah pengetahuan,mungkin nak tadah kitab" (alhamdulillah,sejuk hati mdgarnya).. dan bermacam-macam jawapan dan pengisian yang dirancang sepanjang cuti..Tapi, apa pun rancangan kita, nilailah kembali, apakah perancangan tersebut bermanfaat mahupun merosakkan kita.

Kaca televisyen, memang berperanan penting untuk mengisi masa terluang. "Tutup t.v tu, bukannya boleh teman hangpa sampai ke kubur.." Itu merupakan antara kata-kata mak yang sungguh sinis. Kata-kata ni sering diungkapkn disebabkan kelekaan kami adik beradik menonton tv, sehingga mengabaikan segala kerja-kerja yang lebih penting. Betul..tv hanyalah sebuah peti biasa,tetapi ia sangat luar biasa sehingga mampu meracuni@mendoktrin pemikiran jika tersalah pilih.
T.V menjadi punca anak-anak muda mengagungkan hiburan,melengahkan solat,menambahkan titik hitam di hati kerana dosa-dosa melihat artis berpakaian terdedah aurat, melalaikan hati mengingati Allah,dan_______________(isi sendiri lah,anda lebih tahu)..hehe..Sehinggakan,ana merasakan lebih baik hidup tanpa t.v.Anda setuju tak?Kalau setuju angkat kening ye..![^_^]

Ana ambil contoh bagi anak-anak yang tinggal di asrama sekolah ana,mereka hanya dibenarkan menonton t.v di hujung minggu sahaja. Tambahan pula, rancangan tersebut mestilah sesuai dengan kredibiliti sebagai murid sekolah agama( maksudnya, nasyid, ceramah dan seupamanya)..namun kadang2, akak senior curi-curi jgak tengok cerita drama dan telenovela..
Ini, menunjukkan sekolah asrama sangat mengawal maklumat dan hiburan melalaikan daripada terus menyelimuti kehidupan pelajar-pelajar yang masih suci,dan memerlukan bimbingan..

Ana teringat,satu ketika ustaz pernah memotong wayar televisyen di asrama kami. Ketika itu,episod terakhir bagi sebuah cerita Melayu akan ditayangkan. Perkara ni berlaku,disebabkan kedegilan kakak senior yang bertegas mahu menonton rancangan tersebut,walaupun dilarang.Maka,ustaz pun menunjukkan kekuasaanya dgn memotong wayar tv,dah la tv baru.Nah,padan muka semua. Dah tak dak sapa boleh tengok tv lagi.huhu.


Okay,sekarang masing-masing dah dewasa.Pakat pandai pegang remote tv kan..?So,apa channel yg anda pilih ye..Boleh kita kongsi sama-sama..?Em..xpela, tak perlu bagitau kat sini..Kita ada hak untuk memilih rancangan tv yang terbaik. Sempena cuti sekolah,bila berkesempatan menonton, pilihlah rancangan yang bermanfaat utk kita dan keluarga..Contohnya mcam: __________ (sila isi tempat kosong)..(",).....


Baru sebentar tadi,ana ada tersaksikan sebuah rancangan hiburan daripada golongan kurang upaya. Masyaallah,mereka sangat hebat.Walaupun, tidak dikurniakan penglihatan yang sempurna,kecerdikan yang sempurna,anggota tubuh badan yang tidak cukup sifat, namun..Allah anugerahkan bakat suara yang sungguh merdu..Tetapi,adakah betul jalan yang mereka pilih..Kenapa suara tersebut tidak digunakan untuk mengalunkan ayat-ayat suci Allah..Sedih dan kesal diri ini mengenangkan golongan seperti mereka kononnya diangkat sama tinggi dengan golongan normal lain, dengan memberi ruang kepada mereka untuk mengetengahkan bakat mereka..Silap..anda silap besar jika memikirkan dengan memberi pentas kepada mereka untuk mendendangkan lagu adalah untuk mengangkat martabat mereka..


Hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Auf ra bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Sesungguhnya aku dilarang dari suara yang hina dan sesat, yaitu: 1. Alunan suara nyanyian yang melalaikan dengan iringan seruling syaitan (mazamirus syaithan). 2. Ratapan seorang ketika mendapat musibah sehingga menampar wajahnya sendiri dan merobek pakaiannya dengan ratapan syetan (rannatus syaithan).


Tidak salah berhibur,asal kena dan mengikut cara Islam. Tetapi, kebanyakan hiburan sekarang sangat jauh dan menyimpang dari Islam. Mendedahkan aurat,bergaul lelaki dan wanita,lagu yang mengasyikkan dan melalaikan hati, sehinggakan mengabaikan perintah-perintah wajib termasuklah solat (misalnya melewat-lewatkan solat). Hiburan yang berlebihan melemahkan iman dan hati. Jadi bersederhanalah dalam berhibur,dan bijak mencari hiburan yang bermanfaat.Sebaliknya, gantikan program hiburan dengan pengisian-pengisian rohani yang lebih mendamaikan dan menenangkan jiwa.

Saturday, November 20, 2010

PeRsOaLaN JiWaKu



Diri ini bingung,pening,keliru..Ke mana hala tuju ku? Mengapa tuhan mencipta kan aku?Kenapa aku harus dilahirkan ke dunia? Mengapa adanya syurga dan neraka?Mengapa lidah manusia akan dikerat di neraka?Mengapa manusia akan berenang di dalam lautan air liur?
Ketika berusia 5 tahun,pada satu malam, aku bermimpi , aku terlihat syurga dan neraka.Aku terlihat satu titian yang panjang. Kemudian,aku ditertawakan oleh sebab aku banyak dosa dan tak layak untuk masuk syurga Allah. Sebaik sahaja aku terjaga,aku menangis kerana tidak dapat masuk syurga. Aku juga takut untuk tidur kerana takutkan neraka Allah. Semua ini gara-gara perasaan ingin tahuku menelaah kitab-kitab agama ibuku yang mempersoalkan tentang azab kubur dan syurga neraka. Sehinggakan,aku tidur ditemani bapaku, kerana ketakutan ku terhadap siksaan neraka.

Adakah tuhan tidak sayangkan ummatnya kerana menyediakan neraka yang menyala-nyala. Kenapa nabi diwafatkan awal? Aku tidak sempat melihat wajahmu. Bagaimana rupa Nabi Muhammad s.a.w.Aku ingin melihat sahabat-sahabat nabi, yang sama-sama memperjuangkan Islam bersama baginda.

Dari mana asalnya aku sebelum aku dilahirkan?Di manakah Allah berada?Adakah Allah melihat dan mendengar segala-galanya?Bagaimanakah Allah menjadikan hujan? Apa yang ada sebelum dunia dijadikan?

Kenapa kita kena solat?Adakah semua makhluk akan mati nanti? Kalau mati,ke mana kita akan pergi?Aku juga pernah bermimpi merasai pengalaman diusung dengan keranda, dan dikebumikan. Cuma menunggu saat untuk disoal oleh malaikat maut. Sebaik sahaja terjaga, aku merasakan seperti diberikan nyawa semula oleh Allah untuk beribadat kepadaNya. Ketika itu hanya Allah yang tahu perasaan berdebar-debar dan sebak dengan 'peluang kedua'yang dikurniakan kepadaku.Hatiku turut berdetik,hari kiamat bila? Apa akan berlaku pada hari kiamat? Bahkan setiap kali menjelang jumaat aku akan menangis kerana aku risau hari jumaat adalah hari kiamat.

Sebenarnya,semua persoalan di atas merupakan sebahagian persoalan yang terdetik ketika mana aku meniti usia kanak-kanak seawal 5 tahun untuk mengenali Sang Pencipta. Tetapi, ahamdulillah segalanya terjawab satu demi satu apabila aku meningkat remaja. Dengan segala persoalan yang timbul, yang asalnya datang dari Allah tetapi diberikan ilham kepadaku untuk memikirkan kebesaran dan keagungannya, aku mulai kagum dengan kehebatan pencipta. Oleh itu, teruskan berfikir menilai dan merenung kejadian penciptaan Tuhan. Akal yang sering berfikir tidak akan beku dan kering dengan idea. Bahkan manusia yang banyak berfikir adalah manusia yang menggunakan keupayaan akalnya semaksima mungkin.Alhamdulillah,aku terpilih untuk mengimani Islam, satu-satunya agama yang diredhaiMu. Kekalkanlah aku di dalam keimanan dan ketaatan kepadaMu ya Allah.Ameen..

Monday, November 8, 2010

DARKNESS


Apakah 'darkness'?

Ia adalah satu kegelapan yang ditafsirkan dalam pelbagai sudut dan aspek. Dari segi luaran kegelapan berlaku kerana tiada sumber cahaya. Apakah sumber cahaya?Ya,tepat sekali matahari dan bulan merupakan sumber cahaya yang utama. Apa akan berlaku kalau manusia berada dalam kegelapan?Pasti manusia akan teraba-raba kerana hilang punca dan arah panduan.

Di sini, ana hanya ingin membicarakan tentang kegelapan yang dipadang sebelah mata je oleh rakyat sekalian.Apa ye?emm....iaitu kegelapan hati. Camna nak tahu hati gelap ke cerah ke?Sedangkan kita memang tak nampak warna hati kita. Jadi jom cek hati masing-masing.

Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, kalau baik daging itu maka baiklah manusia, kalau ia rosak maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati .”
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Nukman bin Basyir)

Perumpamaan hati kita adalah seperti mentol yang bersinar terang. Diandaikan setiap kali dosa yang dilakukan akan melekat satu titik hitam pada hati. Bayangkan jika kita berbuat dosa kecil ataupun besar setiap hari, apakah akan berlaku kepada mentol tersebut? Debu-debu dosa terus melekat pada mentol dan lama-kelamaan debu tersebut akan menjadi tebal sehingga menutupi cahaya yang dipancarkan oleh mentol. Hasilnya,mentol tersebut sudah tidak bermanfaat untuk menerangi manusia ketika kegelapan.


Jadi apa tindakan kita? Sedangkan tubuh badan kita dibersihkan setiap hari, apatah lagi hati yang setia berbuat dosa kemaksiatan tanpa jemu. Apabila hati sudah kotor,semua dosa dan pahala dirasakan sama sahaja. Mari bersihkan hati dengan beristighfar dan bertaubat nasuha kepada Allah.Kadang-kadang doa tidak terhijab disebabkan dosa kita.Fikirkan saudara, bagaimana Allah hendak mengabulkan permintaan kita sedangkan setiap hari kita tegar melakukan dosa dan berpaling ketaatan daripadaNya.

Hati gelap membutakan pemiliknya daripada segala perkara hak. Dia merasakan semua yang dilakukan adalah betul belaka, malah kebatilan yang berleluasa dirasakan tidak ada apa-apa(no sense la), tiada perasaan marah dan benci ketika melihat perkara maksiat. Malah hati yang gelap diibaratkan hati yang keras dari menerima segala nasihat dan teguran.Sesungguhnya,hati orang yang beriman itu, sentiasa bergetar apabila nama Allah disebut disebabkan ketakwaan mereka kepadaNya. Tetapi, bagaimana dengan kita? Apa perasaamn kita tatkala mendengar masyarakat Islam di Kemboja ditindas,apakah kita hanya simpati melihat rakyat Palestin syahid bergelimpangan dek senjata berteknologi kuffar?apakah kita hanya menggeleng kepala melihat ummat Islam di Malaysia yang lagha dengan aksi dan adengan cinta Laila dan Majnun? Em..apa kata hati kita ya? Kalau hati masih suam-suma kuku,bermaksud hati kita sudah mulai gelap. Kenapa gelap ye? Gelap disebabkan dosa-dosa yang dilakukan oleh seluruh anggota badan kita sehari-ke sehari.

Solusinya, beristighfarlah..bertaubatlah..kerana pintu taubat masih terbuka sehingga nyawa sampai ke kerongkong. Allah Maha Pengampun, walau seluas alam semesta dosa kita lakukan,tetapi jika kita taubat nasuha (sebenar-benar taubat) maka terhapuslah segala dosa anak Adam dengan keizinanNya. Sucikan hati dari kegelapan dosa-dosa yang dilakukan dengan sedar mahupun tanpa sedar. Dan jangan lupa bahawa dosa sesama manusia juga tidak akan langsai sekiranya kita tidak memohon maaf daripada tuan empunya diri. Janganlah menjadi orang yang benar-benar rugi,iaitu..di akhirat dia terpaksa memberikan segala amal pahalanya kepada orang yang dizalimi dan silap-silap haribulan, terpaksa memikul beban dosa manusia lain kerana kekurangan pahala amalan untuk ditukar ganti.


Astarghfirullah hal azim..
Dari hamba Allah yang benar-benar hina..