Tuesday, March 16, 2010

PURPOSEFUL LIFE..

Selama manusia dilahirkan ke dunia, masing-masing telah ditetapkan tujuan hidup masing-masing.Setiap dari kita membawa peranan tersendiri. Allah telah meletakkan pelbagai tanggungjawab yang perlu digalas oleh setiap insani. Justeru, kita perlu melaksanakan setiap amanah tersebut dengan sebaik mungkin kerna pasti Allah akan menyoal setiap segala nikmat yang diberikan telah dipergunakan ke arah mana, sama ada ke arah kebaikan ataupun kemaksiatan?
Aku menyedari akan peranan yang sedang diamanahkan oleh Allah kepadaku yakni, sebagai anak,pelajar,kakak, dan paling penting bakal guru yang akan mencorak anak bangsa. "Ya Allah, sesungguhnya engkau telah meletakkan aku di dalam jalan ini, maka kau tolonglah aku menghadapi segala mehnah yang bakal aku hadapi di sepanjang ranjau ini. Kau bimbinglah aku dalam mencari jalan kebenaran".
Bagiku tempoh 5 tahun 1/2 pengajian di institut pendidikan guru adalah satu tempoh yang sangat singkat bagiku untuk menyediakan mental dan fizikalku untuk menjadi seorang guru berdedikasi. Ya, aku teringat english word says, "the best teacher is experience". Jadi hanya pengalaman yang mapan akan membantu aku untuk menjadi guru yang serba boleh. Aku perlu memperbaiki kelemahanku iaitu pertuturan dalam bahasa Inggeris. Komunikasi dalam b Inggeris sangat penting kerana medium pengajaranku kelak dalam bahasa Inggeris (minor bi).
Minggu depan merupakan detik yang paling mendebarkan kerana aku diamanahkan untuk berpraktikum di Sekolah Methodist Perempuan Ipoh. Aku mengharapkan agar segala-galanya berjalan dengan lancar dan semoga Allah mempermudahkan segala urusanku.
Setiap daripada kita telah ditulis takdir hidupnya,melainkan doa yang dapat mengubah takdir tersebut. Jadi laksanakan segala ketetapan itu dengan penuh kebaikan. Jika kita seorang doktor,jadilah doktor yang amanah,jika anda seorang usahawan jadilah usahawan yang amanah,jika anda seorang guru, jadilah guru yang amanah agar kita dapat menjawab segala persoalan di padang masyhar dengan baik.
Aku tertarik dengan lirik daripada kumpulan Mawaddah iaitu Bila Tuhan Tak Ditakuti. Nasyid ini menggambarkan kerosakan di sana sini akibat tidak mentakuti Allah Yang Maha Agung. Di sinilah pentingnya nilai ihsan yakni kita merasakan seolah-olah Allah sentiasa melihat kita, akan menjadikan kita sentiasa berwaspada dengan setiap tingkah laku dan hala hidup kita.
Semoga kita berada dalam kalangan orang-orang yang beruntung yang sentiasa mencari peluang membuat kebajikan dan menjaga amanah.

Friday, October 23, 2009

MENCARI IDENTITI DIRI

Sejak di dalam kandungan ibu lagi, Allah telah menugaskan malaikat untuk menetapkan berkenaan rezeki,ajal maut,jodoh dan ketentuan hidup si bayi. Apabila bayi itu dilahirkan ke dunia, maka menangislah ia disebabkan ia harus memikul amanah dan tanggungjawab serta menghadapi pelbagai ujian dari pencipta untuk menguji sejauh mana keimanan dan kepercayaan terhadap segala takdir Ilahi.

Kemudian, membesarlah si bayi sehingga ke alam remaja. Saat ini merupakan saat tergenting dan terpenting sebagai seorang insan untuk memilih hala tujunya sama ada ke arah utara atau timur, ke kanan atau ke kiri mahupun ke syurga atau neraka ( nauzubillahi min zalik). Ketika inilah akal dan nafsu akan berperang untuk menguasai si insan. Beruntunglah bagi jiwa yang bijak memilih haluan hidupnya berpandukan apa yang telah ditetapkan oleh yang Maha Pencipta.

Manusia dikurniakan dengan pelbagai jenis peringkat hidayah yang pastinya menjadi kompas kepada kita dalam mengharungi belantara kehidupan. Kenapa kita perlu meletakkan kompas tersebut di sebelah, malah bersikap bodoh sombong dalam meredahi hutan duniawi yang akan menyesatkan kita? Peringkat hidayah Allah yang paling rendah adalah naluri yang Allah kurniakan yang pastinya dapat memenuhi fitrah manusia sepenuhnya. Manakala peringkat hidayah yang teratas yang Allah bekalkan kepada manusia ialah hidayah ketaqwaan yakni hidayah untuk memilih agama Islam sebagai cari hidup (deenul islam)

"Ya allah kau bimbinglah aku menggapai redha Mu dan memilih cara hidup Islam yang telah Engkau tetapkan. Kau jangan biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.Wahai tuhan yang paling cepat memperkenankan permintaan. Perkenankanlah permintaan hambaMu yang hina ini"

Wahai pemuda-pemudi Islam , bijaklah dalam membuat keputusan. Hanya tapisan iman dan takwa boleh menyelamatkan kita daripada kelekaan duniawi. Pilihlah cara hidup Islam sepenuhnya. Islam is the way of life. Believe it or not?

Monday, August 24, 2009

Man ANa?

Assalamualaikum..
Sekadar pengenalan daripada saya yang baru bertatih mengenali blog..

Man Ana?
Saya ialah pelatih guru jurusan sains yang amat meminati bidang Sains dan Islam.
Sains dan Islam bukanlah dua perkara yang berbeza, malah daripada Islam lah lahirnya pelbagai cabang daripada Sains itu sendiri seperti Metafizik,Zoologi, Antropologi, dll.

Kedua-dua aspek ini tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain, sebaliknya sains amat memerlukan Islam untuk menerangkan dengan sedalam-dalamnya berkenaan fenomena alam yang berlaku di sekeliling kita sekarang

Melalui Sains kita dapat mengkaji hebatnya ciptaan agung daripada Ilahi. Misalnya, daripada surah al-Haj ayat 5 ada menyebut berkenaan peringkat penciptaan manusia daripada setitis air mani yang dipancarkan ke dalam rahim yang kukuh sehinggalah dilahirkan dan dimatikan semula oleh Allah.

Keterangan ayat ini menjelaskan peringkat kejadian manusia yang disebut dengan terperinci 1400 tahun yang dahulu. Betapa hebatnya kejadian Ilahi ini sehinggalah ia dibuktikan dengan perkembangan teknologi yang canggih zaman kini. Subhanallah!!!

Sekian saja dahulu pembuka bicara daripada saya.Salam ramadhan.
Wassalam.