Tuesday, October 9, 2012

Isi Ruang Itu

Bismilahirrahmanirrahim..

Secalit pengalaman ingin diposkan sebelum tahun 2012 melabuhkan tirai. Rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Bulan dan dan matahari kekal pada kedudukannya, menjalankan sunnah alam untuk berkhidmat pada manusia sejagat. Andai alam mampu berkhidmat dengan patuh dan taat, apa lagi manusia yang dikurniakan akal kebijaksanaan.

Selain tugasan mengajar, masaku terisi dengan perkara-perkara bermanfaat sebagai orang bujang.Semoga kita disibukkan dengan perkara kebaikan berbanding perkara kemaksiatan. Teringat kata-kata seorang tokoh, jangan bertangguh melaksanakan kebaikan kerana engkau belum tentu akan saat ajal menjemputmu. Rasa beruntung kerana berada berdekatan dengan Bandar Ilmu (Bandar Baru Bangi) yang tenang dan , penuh dengan kuliah agama.


Peluang yang ada digunakan untuk memperbaiki bacaan al-Quran dengan ustazah yang berpengalaman dalam bidang ini. Semakin banyak dipelajari baru kutemui kejahilan diri. Tuntutlah ilmu,takkan rugi kerana ia akan menjadi benteng kita di dunia dan akhirat. Selain mempelajari ilmu al-Quran,daku cuba mengajarkan kepada sesiapa yang mahukan ilmu ini, kerana tidak rugi orang mengajarkan al-Quran, malah ia akan jadi bekalan amalan apabila kita berada di alam barzakh kelak.

Baru-baru ini, berkesempatan menemani rakan untuk mengajar ilmu bermain kompang pada anak-anak murid sekolah di Puchong. Sekali-sekala rasa bertuah kerana dapat  menimba ilmu tentang alat-alat muzik tradisional ini. Daripada tidak tahu menjadi tahu. Tiba-tiba rasa seronok memalu kompang walaupun hanya tahu sejenis dua rentak sahaja. Di samping,teringin juga nak melengkapkan diri dengan bidang pastri dan jahitan. Rasa kekurangan jika tiada kemahiran dalam bidang ini. Mari isi ruang-ruang kosong dengan perkara kebaikan. Jangan sia-siakan masa lapang, kerana masa ibarat nyawa, betul tak..?

Ok.Wa ilalliqa'.Assalamualaikum wbt.







No comments:

Post a Comment