Saturday, May 21, 2011

..Istiqamahlah diri..


Bismillahirrahmanirrahim..


Dari Abi Amru dan ada dikatakan pula dari Abi 'Amrah Sufyan bin Abdullah r.a. katanya : "Kataku, ya Rasulullah! Katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan kutanyakan lagi daripadanya akan seorang lain daripada engkau. Sabdanya : Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian hendaklah engkau istiqamah."

Diriwayatkan oleh Muslim

Pesanan yang begitu ringkas dan padat tetapi meliputi kesimpulan keseluruhan persoalan yang terbuku du benak sahabat. Kata baginda, hendaklah engkau beriman dan kemudian hendaklah engkau ISTIQAMAH. Kata-kata ini mengandungi maksud yang mendalam yakni orang yang beriman perlu berpegang dengan apa yang diimaninya. Berpegang tidak bermaksud dengan hanya percaya dan akur sahaja dengan segala hukum hakam Islam malah beramal dengan segala isi kandungan yang diperintahkan al-Quran dan hadis.

Keimanan tanpa amal adalah tempang dan amal tanpa iman adalah sia-sia. Abu Al-Qasim Al-Qushairi pernah berkata " Barangsiapa tidak lurus (tidak istiqamah ) dalam halnya sia-sialah usahanya,maka rugilah tenaganya. Dan Nabi saat menyukai amalan yang sedikit tetapi berterusan. Amalan yang berterusan ini yang akan menjadi penguat orang mukmin tatkala ujian dapat menghujaninya. Apabila ujian melanda, apa yang difikirkan di benak?Lantas apakah tindakan kita?
Beruntunglah bagi orang yang istiqamah, dia punyai satu kekuatan magnetik yang menariknya kepada Allah biar sehebat mana dugaan menimpanya. Misalnya, orang yang istiqamah membaca al-Quran, pastilah dia akan mencari al-Quran untuk didengarkan tatkala jiwanya gelisah,keluh kesah, sedih mahupun kecewa dengan nasibnya.Di situlah amalannya memberi semula kekuatan untuk mengharungi kesusahan yang mendatang.

Di sini ana kongsikan 10 amalan dari Tanbihul Ghafilin.Sepuluh amalan yang dapat menyampaikan manusia ke tingkat yang baik dan darjat yang tinggi:
1)Banyak bersedekah
2)Banyak membaca Al Quran
3)Duduk bersama mereka yang sering ingatkan akhirat
4)Menghubungi kerabat(silaturahmi)
5)Menziarah orang sakit
6)Kurang bergaul dengan orang kaya yang lupa akan akhirat
7)Risau akan keadaan diri di akhirat
8)Kurang angan-angan dan banyak ingatkan maut
9)Banyak diam dan sedikit bicara
10)Bertawahu dan hidup sederhana, cinta kepada orang miskin serta mendekati anak-anak yatim serta mengusap kepala mereka
Tanbihul Ghafilin

Semoga kita maintain ye dengan apa kebaikan yang kita amalkan sekarang. Mari menuju ke puncak kejayaan iman.



No comments:

Post a Comment