Sunday, May 22, 2011

PESAN BUAT ADIK..




Untukmu adik..
Kakak ingat ketika mak mengandungkan adik..Kakak suka main guling-guling atas badan mak..Sebab kakak xtau dalam perut mak,ada adik yang tengah sedap tidur..Kemudian,kakak kena marah sebab mak risaukan keadaan adik dalam perut..Kakak masih ingat kata-kata ustaz, bahawa antara kenikmatan di dunia adalah berada dalam perut mak..Nak apa je boleh dapat..Mak akan mengidam mengikut apa yang adik nak..
Bila hari kelahiran adik,kakak terus gembira..sebab dapat adik baru..mak mesti marah sebab kakak suka ganggu adik..Tetapi kakak curi-curi juga dodoikan adik..Kakak pernah dengar nenek bacakan selawat..Jadi kakak akan dodoikan adik dengan selawat yang pernah didengari daripada nenek..Dalam hati,kakak niatkan adik akan jadi anak solehah..yang taat pada mak dan ayah..Dan kakak tak boleh lupa saat pernah curi-curi minum dari botol susu adik..sebab susu yang mak bancuh memang sedap betul..
Kakak suka makan gula-gula,jadi satu hari kakak suapkan gula-gula dalam mulut adik yang baru berusia beberapa bulan..Xdisangka-sangka adik tercekik gula-gula yang kakak suapkan..kakak kena marah lagi..tapi nasib baik adik terselamat..jika tidak pasti kakak akan menyesal seumur hidup..
Kakak masih ingat tatkala malam, kakak perlu hamparkan tilam dan cadar serta susunkan bantal..kakak suka pada satu bantal tu,tapi adik pun nak juga bantal tu sebab lembut dan gebu..bila kita bergaduh emak pukul kakak,sebab adik masih kecil..kakak memang perlu beralah..adik memang tak tau apa-apa..kakak perlu banyak beralah kerana kakak lebih besar..jika melawan pasti dapat "hadiah" percuma..
Sekarang adik dah besar..kenangan melihat adik membesar masih lagi terikat kemas dalam ingatan kakak..Adik dah ada pilihan hidup sendiri..Tidak terkongkong macam kehidupan di asrama yang sentiasa mementingkan al-mathurat,solat jemaah, puasa sunat,ikhtilat, group study,keberkatan menuntut ilmu dan perkara lain yang tak dapat disenaraikan di sini..
Cuma kakak ingin pesan di sini..Kehidupan di luar sangat jauh berbeza daripada kehidupan ketika zaman menengah..Adik akan alami kejutan budaya..adik jangan canggung jika lihat rakan-rakan menyarungkan seluar ke kedai makan..adik jangan rasa terkejut jika melihat rakan yang tidak solat ..adik jangan rasa pelik melihat rakan lelaki dan perempuan keluar berduaan tanpa urusan..adik jangan rasa janggal jika merasakan adik bertudung lebih besar dan adik jangan rasa bersalah jika tidak pandai bergaul dengan lelaki..adik jangan rasa rasa terasing jika melihat orang lain tidak berstokin malah tidak bertudung..adik jangan rasa asing dengan kehidupan baru ini..
Ingat adik..islam datang dalam keadaan asing,dan ia akan kembali kepada keadaan asing..beruntunglah jika adik mempertahankan segala prinsip islami yang adik belai sejak dari kehidupan sekolah beragama..Betul..Bukan senang hendak menjadi asing..kakak faham perasaan itu..
Kakak pesan..jagalah solat lima waktumu..perindahkan dengan solat sunat..jangan lupa alunkan ayat-ayat al-Quran sepertimana di sekolah dulu..Jaga auratmu sebaiknya..Jangan terikut dengan rakan yang tidak menjaga aurat dengan sempurna..Malah adiklah yang akan mengubah rakan-rakan untuk menjadi lebih baik..Istiqamahlah dalam amalan puasa sunat..
Satu lagi..carilah rakan yang solehah..kerna aroma wanginya akan turut meresap ke dalam dirimu..Ingat adik..sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..Tundukkan pandangan kepada lelaki ajnabi..Allah sudah menetapkan jodoh untukmu..Jika sudah sampai masanya..Maka carilah imam yang akan memimpin solatmu..Memang..semua manusia berfitrah untuk mencari pasangan hidup..Tapi kalau mahukan keluarga yang diredhai Allah..maka perlu bermula daripada titik pertemuannya lagi..maka,bersabarlah..bersabarlah..
Jagalah hati..jangan kau kotori dengan akhlak buruk..hormati pensyarah..hormati rakan..jaga keberkatan dalam menuntut ilmu..tambahkan pengetahuan agama..hadirilah majlis-majlis ilmu..jangan palingkan dirimu daripada berada dalam kelompok-kelompok orang yang faham agama..Orang beragama dan orang yang faham agama tidak sama dik..Orang faham agama mengamalkan setiap inci hidupnya dengan ajaran islam..Kau jadilah golongan yang faham agama..Adik tahukan kambing yang bersendirian itu lebih mudah dibaham serigala berbanding yang berada dalam kelompok..
Jika kau rasa lemah..Allah sedia mendengar segala isi hatimu..Jika kau runsing dalam membuat keputusan..Allah merindui istikharah dan keluh kesah daripadamu..Jika kau rasa tertekan rujuklah pada sahabat yang mengerti dan berfikrah..Agar kau tidak hilang arah tuju..
Kakak pun masih mentah dalam harungi hidup ini..Tetapi hanya ini kakak mampu lakukan agar adik tahu bahawa adik ada seorang kakak yang sentiasa doakan kejayaan adik di dunia dan di akhirat..Sampaikanlah kebaikan walaupun dengan seungkap perkataan..Sekian warkah dari kakakmu..assalamualaikum..

Saturday, May 21, 2011

..Istiqamahlah diri..


Bismillahirrahmanirrahim..


Dari Abi Amru dan ada dikatakan pula dari Abi 'Amrah Sufyan bin Abdullah r.a. katanya : "Kataku, ya Rasulullah! Katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan kutanyakan lagi daripadanya akan seorang lain daripada engkau. Sabdanya : Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian hendaklah engkau istiqamah."

Diriwayatkan oleh Muslim

Pesanan yang begitu ringkas dan padat tetapi meliputi kesimpulan keseluruhan persoalan yang terbuku du benak sahabat. Kata baginda, hendaklah engkau beriman dan kemudian hendaklah engkau ISTIQAMAH. Kata-kata ini mengandungi maksud yang mendalam yakni orang yang beriman perlu berpegang dengan apa yang diimaninya. Berpegang tidak bermaksud dengan hanya percaya dan akur sahaja dengan segala hukum hakam Islam malah beramal dengan segala isi kandungan yang diperintahkan al-Quran dan hadis.

Keimanan tanpa amal adalah tempang dan amal tanpa iman adalah sia-sia. Abu Al-Qasim Al-Qushairi pernah berkata " Barangsiapa tidak lurus (tidak istiqamah ) dalam halnya sia-sialah usahanya,maka rugilah tenaganya. Dan Nabi saat menyukai amalan yang sedikit tetapi berterusan. Amalan yang berterusan ini yang akan menjadi penguat orang mukmin tatkala ujian dapat menghujaninya. Apabila ujian melanda, apa yang difikirkan di benak?Lantas apakah tindakan kita?
Beruntunglah bagi orang yang istiqamah, dia punyai satu kekuatan magnetik yang menariknya kepada Allah biar sehebat mana dugaan menimpanya. Misalnya, orang yang istiqamah membaca al-Quran, pastilah dia akan mencari al-Quran untuk didengarkan tatkala jiwanya gelisah,keluh kesah, sedih mahupun kecewa dengan nasibnya.Di situlah amalannya memberi semula kekuatan untuk mengharungi kesusahan yang mendatang.

Di sini ana kongsikan 10 amalan dari Tanbihul Ghafilin.Sepuluh amalan yang dapat menyampaikan manusia ke tingkat yang baik dan darjat yang tinggi:
1)Banyak bersedekah
2)Banyak membaca Al Quran
3)Duduk bersama mereka yang sering ingatkan akhirat
4)Menghubungi kerabat(silaturahmi)
5)Menziarah orang sakit
6)Kurang bergaul dengan orang kaya yang lupa akan akhirat
7)Risau akan keadaan diri di akhirat
8)Kurang angan-angan dan banyak ingatkan maut
9)Banyak diam dan sedikit bicara
10)Bertawahu dan hidup sederhana, cinta kepada orang miskin serta mendekati anak-anak yatim serta mengusap kepala mereka
Tanbihul Ghafilin

Semoga kita maintain ye dengan apa kebaikan yang kita amalkan sekarang. Mari menuju ke puncak kejayaan iman.