Aku terdampar di pulau ini..
Rimbun kesepian melitupi tubuh..
Hangat derita mencengkam kulit..
Aku masih keseorangan di sini..
Memacakkan pasak-pasak keimanan dalam diri..
Membentengi ombak-ombak maksiat yang cuba menerobos diri..
Tolong ingatkan padaku, bahawa hidup itu singkat..
Tolong sedarkan aku dari lamunan mimpi duniawi..
Tolong pesan padaku, bahawa perjuangan masih jauh..
Tolong pimpin tanganku, untuk mengharungi ranjau-ranjau dakwah..
Aku selalu terjatuh di pulau ini..
Rebah dengan runtunan nafsu yang tercela..
Aku lelah dengan pertarungan ini..
Antara nafsu dan perlu..
Aku tidak kuat dalam bertatih dan menapak..
Ketinggalan dan terus ditinggalkan..
Pulau ini perlu ditinggalkan..
Agar taqarrub dapat ditingkatkan..
Aku mahu belayar sekapal dengan kalian..
Berada jauh dari pulau ini..
Belayar dan terus belayar sehingga menjumpai pelabuhan
Yang telah dijanjikan olehNya..
Andai tidak ditemui pelabuhan..
Aku redha dan rela..
Kerana rantai-rantai perjuangan itu panjang..
Tiada penghujung..
Percayalah pada janjiNya..
No comments:
Post a Comment