Tuesday, April 26, 2011

TiNy But LarGe..?


Semalam..ana meraikan hari lahir rakan yang sebilik dengan ana,usia persahabatan kami menjangkau 4 tahun lebih..dan..ini adalah kali terakhir kami akan meraikan sambutan kelahiran..sebelum dipostingkan ke tempat yang Allah telah tetapkan kelak..hati ana terjentik sayu..banyak kenangan pahit manis yang mematangkan hubungan persahabatan kami.. Hanya dengan satu ungkapan selamat hari lahir,dapat membuka simpul hasad yang mengusutkan
kesucian persahabatan..dapat menghembus debu prasangka yang hinggap..dapat menyejukkan hati ng membara..dek satu bisikan syaitan yang tidak henti meniupkan api persengketaan antara manusia.

"Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku, bahawa mereka berkata perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan membuat provokasi antara mereka, dan syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia." (17:53)

Jangan kita pandang remeh kepada perkara kecil,kerana semut api boleh membakar hutan belantara, sebatang mancis mampu membakar sederet kedai,setitik nila boleh merosakkan sebelanga susu, dan seekor kumbang mampu merosakkan bunga setaman.Jadi,perkara kecil boleh memberi kesan yang besar kepada kita. Its so tiny matter but give a large effect into human beings.Jadi,mari kita muhasabah apakah sekecil perkara tetapi dapat memberi kesan yang besar kepada hubungan persahabatan. Bagaimana hendak mengambil hati sahabat ye? Lakukan perkara remeh yang kita pandang sepi dan rasa tak penting pun untuk dilaksanakan.Antaranya :
1. Kemaskan buku sahabat
2. Gosokkan baju sahabat
3. Lipatkan baju sahabat
4. Basuhkan pinggan/cawan yang terbiar di dalam sinki
5. Kemaskan katil sahabat
6. Mendengar dan mengangguk tatkala dia bercerita perkara penting
7. Belikan manisan atau minuman kepadanya
8.Sikatkan rambut,minyakkan rambut, pakaikan butang bajunya >>Allah mesranya..=)..
9.Mengucapkan..good luck/take care/jaga diri ketika waktu-waktu tertentu..
10.Mendoakan kebaikan kepada sahabat
Sekali anda buat pasti,sahabat akan terkenang kebaikan anda sampai bila-bila. Misalnya tolong lipatkan baju sahabat tatkala dia kesibukan. Pasti dia akan merasa terharu dan disayangi. Kalau anda ingin kemanisan bersahabat cubalah mengambil hati sahabat dengan perkara-perkara kecil sebegini.Pastinya hati dia akan tercuit dengan kebaikan yang dihulurkan oleh kita.
Kita adalah manusia biasa yang cuba mengejar kesempurnaan.Tetapi jalan kesempurnaan itu hanya tercapai dengan tidak melalaikan sekecil-kecil perkara kan. Sahabat,dengarkanlah..lubang sebesar mata jarum bisa mengeringkan empangan air.Jadi,berusahalah menampung lubang itu, agar air tidak kering dan kita dapat meneruskan kehidupan kita dengan menuju kesempurnaan."What you give,will be what u get.."
p/s :Jangan amalkan selalu.Sekali sekala boleh la.Nanti kan, manja lak

Friday, April 22, 2011

..AkU di PuLau iNi..


Aku terdampar di pulau ini..
Rimbun kesepian melitupi tubuh..
Hangat derita mencengkam kulit..
Aku masih keseorangan di sini..
Memacakkan pasak-pasak keimanan dalam diri..
Membentengi ombak-ombak maksiat yang cuba menerobos diri..

Tolong ingatkan padaku, bahawa hidup itu singkat..
Tolong sedarkan aku dari lamunan mimpi duniawi..
Tolong pesan padaku, bahawa perjuangan masih jauh..
Tolong pimpin tanganku, untuk mengharungi ranjau-ranjau dakwah..

Aku selalu terjatuh di pulau ini..
Rebah dengan runtunan nafsu yang tercela..
Aku lelah dengan pertarungan ini..
Antara nafsu dan perlu..
Aku tidak kuat dalam bertatih dan menapak..
Ketinggalan dan terus ditinggalkan..
Pulau ini perlu ditinggalkan..
Agar taqarrub dapat ditingkatkan..
Aku mahu belayar sekapal dengan kalian..
Berada jauh dari pulau ini..
Belayar dan terus belayar sehingga menjumpai pelabuhan
Yang telah dijanjikan olehNya..
Andai tidak ditemui pelabuhan..
Aku redha dan rela..
Kerana rantai-rantai perjuangan itu panjang..
Tiada penghujung..
Percayalah pada janjiNya..

Thursday, April 21, 2011

SeTaWaR


Assalamualaikum..Harap kalian semua sihat dengan izin Allah..Entry kali ini berkaitan dengan satu ciptaan Allah iaitu daun setawar. Tumbuhan ini digelar dengan mothers of thousand kerana serba serbi kegunaannya..
Al kisahnya, ketika ana melaksanakan satu kuiz sains berbentuk teka silangkata, maka terdapat soalan "tumbuhan yang membiak melalui daun"..Se_a_a_.. Maka,murid pun bertanya..cikgu apa jawapannya?Daun selala kah?Hehe.Lucu mengingatkan pelbagai ragam murid ketika menjawab soalan tersebut. Jawapan sebenarnya adalah Setawar.Bertuah punya budak,rasa nak marah pun ada.Baru je ajar minggu lepas.Memang nak kena bebudak ni nanti.(siap la nanti)
Terdapat pelbagai manfaat daun setawar yang telah ditemui oleh pengkaji.Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.Namun ramai yang tidak sedar akan khasiat lain tumbuhan ini. Ia terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah kanser.Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut.http://fazlisyam.com/2007/09/18/setawar-kalanchoe-pinnata/

Ketika kecil dahulu,ana gemar mengumpul daun ini dan letakkan dalam buku yang tebal-tebal. Sebab,abang kata lagi tebal lagi banyak daun tu akan beranak.Ana pun terpegun dengan apa yang diperkatakan abang. Setiap hari ana akan cuba menyelak buku tu,untuk melihat perubahan pada daun tu.Memang xsabar-sabar nak tahu apa yang akan berlaku,dan bagaimana daun tu boleh beranak lak?Setelah menyimpan beberapa minggu di dalam kamus,kelihatan anak-anak daun mula keluar di hujung daun induk. Memang kagum dan terpesona tengok daun ni. Pening kepala memikirkan,bagaimana boleh tumbuh anak daun baru lak?Musykil,musykil..Daripada satu keping, boleh jadi berpuluh-puluh anak daun yang lain.Hebatnya cara pembiakan daun ni.Uniknya ciptaan Allah kan!

Saat paling best bila berpeluang menanam pokok tersebut menjadi anak-anak pokok yang baru.Anak-anak pokok yang telah matang akan menggugurkan diri daripada daun induk untuk tumbuh berasingan daripada induk. Inilah yang dikatakan hidup berdikari. Ibarat manusia perlu bermusafir dan berdikari untuk mendapatkan pengalaman dan menimba pengetahuan.Sepertimana,anak daun-daun ini berpisah daripada ibunya untuk hidup dengan lebih baik tanpa perlu bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari,air,dan ruang yang mencukupi. Tapi,kegembiraan tu tak lama,sebab pokok tu dah tak nak hidup. Orang tua kata 'tangan panas' tanam apa pun tak menjadi.huhu.kalau camtu tanam lalang pun tak nak hidup.
Sungguh unik penciptaan daun Setawar kan..!
Sekadar catatan ringkas dari ana berkenaan daun SETAWAR. Kita jadilah seperti induk daun setawar, yang berupaya menghasilkan kebaikan-kebaikan yang banyak melalui setiap anak-anak daun yang dihasilkannya.