Friday, August 12, 2011

Indahnya Nostalgia Itu~

Tahun terakhir di sekolah,
sebelum mengorak langkah ke destinasi masing-masing
Tiba-tiba hati merasa rindu pada nostalgia sekolah. Rindu pada biah solehah, ikhtilat yang terpelihara, majlis-majlis ilmu, kelas fardu ain, bahasa arab, quran sunnah dan syariah, ustaz dan ustazah, dan segala-galanya.
Ana dididik berada dalam suasana yang mementingkan ikhtilat lelaki dan perempuan. Seingat ana,hanya beberapa kali ana (termasuk sahabat muslimat) pernah bercakap dengan kaum lelaki waktu zaman sekolah dulu. Itu pun,cakap jauh sebatu dan ada beberapa kawan yang temankan. Jadi, ana sungguh pemalu dengan kaum lelaki, kalau boleh nak cakap belakang tirai je. sebab malu nak pandang wajah muslimin. kalau berjalan,ana akan berusaha berjalan belakang muslimin, sebab mereka imam dan perlu berada di depan kan? ana hormatkan mereka sebagai pemimpin kaum wanita. dan ana kurang selesa kalau muslimin ada di belakang, sama ada dalam kelas, ataupun ketika perhimpunan dsb. malah, sewaktu bercakap dengan muslimin pun,memang skema habis dan cakap kasar-kasar je, macam bergaduh pun ada. tetapi tujuannya adalah untuk menjaga hati kami masing-masing.kang cakap lembut2 ada yang timbul niat lain pulak =)
Ada suatu ketika, waktu prep sekolah, alat tulis ana tercicir di bawah meja seorang muslimin. Ana panggil nama muslimin tu sampai 3 kali,dia buat 'dono' je. huhu. kali keempat ana panggil baru dia toleh untuk ambilkan alat tulis tu. betapa berhati2nya dia, sebab takutkn ana panggil dia bukan sebab urusan mustahak(mgkin igt nk mgorat kot..hehe..gurau je..). .
Kalau makan di dewan makan asrama pula, ana dan sahabat muslimat cuba duduk di tempat yang jauuh dari muslimin. dan yang penting, takkan menghadap ke arah muslimin, sebab malu. Dan di sekolah disediakan beberapa mesin 'water cooler'. ana memang membesar dengan air tapis ni selama 5 tahun (sekolah menengah) dan 4 tahun (maktab).hehe. trend minum air ni ikut kabilah2 pulak.kalau kaum muslimat tengah minum air, yg muslimin akan berdiri dri jauh je smbil usha2 utk tgu peluang nak msuk line. begitu juga sebaliknya. perkongsian 'water cooler' di kalangan muslimin dan muslimat ni berlaku sebab, mesin ni selalu rosak. jadi nasib la.
Pada waktu PJ, akan mengasingkan muslimin dan muslimat. Muslimin akan ke padang sekolah yang menghijau. Manakala kaum muslimat, hanya dibenarkan berada dalam dewan sahaja untuk buat aktiviti senamrobik. Bila terkenang semula, rasa indah sangat.Kerana tiada pergaulan bebas berlaku walaupun ketika aktiviti PJ. Ustaz dan ustazah sangat jaga pergaulan kami. Malahan, kami wajib menyarungkan kain biru sekolah, di luar seluar trackshuit, kerana ustazah melarang kami memakai seluar PJ sahaja togel2. Hati ana tenang melaksanakan arahan ustazah, kerana beliau bermaksud untuk menjaga pandangan muslimin daripada melihat muslimat berpakaian yang kurang sesuai, walaupun memakai track shuit dan baju lengan panjang yang menutup aurat. Begitu juga dengan hari sukan sekolah. kami akan memakai baju rumah sukan masing-masing, tetapi bersarungkan kain biru sekolah. Unik kan? Kami hanya dibenarkan menanggalkan kain tersebut, dengan syarat tiada muslimin di sekitar kawasan itu. Selain itu, kaum muslimat jarang-jarang muncul di pentas sebab syarat ketat yang ustazah kenakan, iaitu muslimat tidak dibenarkan membuat persembahan nasyid. Sebab apa? sebab suara wanita yang mendayu-dayu akan menarik perhatian lelaki. Ustazah memang mahu menjaga hati kami, agar keberkatan ilmu yang dipelajari akan terpelihara.

Zaman itu hanya tinggal nostalgia. Tiada lagi ustazah yang akan menangkap kami jika tidak mengenakan stokin. Tiada lagi ustazah yang akan mengambil nama kami, kerana tudung singkat yang tidak melepasi paras siku. Tiada lagi ustaz yang akan meronda untuk spot check kawan-kawan yang curi-curi berdating. Tiada lagi ustaz yang akan mengetuk grill asrama untuk mengejutkan kami qiamullail. Semuanya atas diri kami sendiri.Ya Allah, rindunya ana pada zaman itu. Sungguh,ana rindu pada suasana islamik itu. Kami menjaga hati demi menjaga keberkatan ilmu dunia dan akhirat kami. Terima kasih ustaz dan ustazah atas bimbingan kalian. Semoga segala amalan baik kami, menjadi bekalan amalan pahala kalian di 'sana'. Al-fatihah buat ustaz2 yg telah pergi dahulu (ustaz hassan& ustaz yaakob)
Sekarang, zaman itu telah berlalu.Ana kembali mencari-cari biah solehah itu. dan Allah mengabulkan permintaan ana utk berada di dalamnya. Alhamdulillah. Di mana kaum muslimin menjaga muslimatnya daripada dicerobohi. Muslimat pula sentiasa menyokong gerak kerja muslimin. Ana ingin menjadi seperti Zainab Al-Ghazali; dihumban ke geriji penjara dan digigit anjing liar, diberi makan roti bersapu najis, demi menegakkan kebenaran Islam. Tetapi mampukah diri ini?Muhasabah diri~

No comments:

Post a Comment