Tuesday, August 24, 2010

Silaturrahmi


Pada akhir zaman,manusia saling bersengketa dan berbunuhan. Contohnya, anak tikam ibu,ibu buang anak,anak tembak bapa,bapa gantung anak dan berbagai-bagai lagi kes yang tidak dapat diterima oleh hati dan jiwa nurani manusia. Kenapa semua ini boleh berlaku?Padahal Allah telah menurunkan rahmat dan kasih sayangNya kepada ummat manusia agar saling mengasihi.

"Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya. "
(riwayat Muslim)

Tambahan, sebagai muslim, kita bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan erat sesama muslim dan juga non-muslim. Nabi s.a.w amat menggalakkan ummatnya menyebarkan salam. Salam di sini bukan sahaja bermaksud memberikan ucapan selamat semata- mata, tetapi menyebarkan keamanan,kedamaian dan rasa selamat kepada orang di sekeliling kita. Apabila manusia saling berdamai pastinya rasa iri,dengki dan busuk hati dapat dipadamkan.

Ketika hari kebangkitan, manusia akan berebut-rebut untuk mendapatkan syafaat (pertolongan). Terdapat pelbagai jenis syafaat dari Allah, al-Quran, Nabi s.aw, solihin, dan juga manusia-manusia yang terpilih oleh Allah untuk memberi syafaat. Sesetengah manusia dapat memberi syafaat kepada seorang,ataupun puluhan orang,mahupun ratusan orang yang dia kehendaki. Justeru, kita jalinkan ukhuwwah dan silaturrahmi sesama kita kerana kita tidak tahu dari kalangan kita, siapakah yang akan terpilih untuk memberi syafaat itu. Mungkin orang yang kita tidak suka itu lebih baik dari kita dan dapat memberi pertolongan di hari kebangkitan kelak.

Jom, kita mula menghubungkan silaturrahmi kerana Allah ta'ala. Sedangkan haiwan buas mengasihi anaknya dan dapat hidup harmoni dengan haiwan lain di dalam hutan belantara, kenapa kita yang dikurniakan akal fikiran tidak boleh berbuat begitu?

Jadi bagaimana nak menjalin ukhuwwah ye?