Sunday, February 17, 2013

Pengorbanan dan Kecintaan

Kaifahaluk? Insyaallah, ana bikhair alhamdulillah..Maza tafa'alu..? =)

Saja nak test bahasa arab yang dah makin luput dari ingatan..Bilalah nak amalkan bahasa Arab ni. (persoalan yang terbungkam di hati)..

Kali ni nak mencoret tentang pengorbanan dan kecintaan..sekadar pendapat biasa dari insan kerdil..yang mengaji takat degree ja..

Kecintaan itu lumrah bagi setiap benda hidup, termasuklah manusia, dan haiwan..dengan rasa cinta menukarkan segala perkara pahit mahupun sukar menjadi semudah A,B dan C..kuasanya mengubah raja menjadi hamba, lautan api menjadi air sejuk (hehe)..racun menjadi ubat..sehingga ia mengubah manusia normal menjadi hilang akal..

Dengan cinta manusia berubah laku dan identiti..dari mana datangnya perasaan ini..? hadirnya dari Tuhan Yang Maha Esa...Allah menurunkan hanya 1 daripada 100 bahagian rahmatnya ke muka bumi..maka dengan bahagian kasihNya yang teramat sedikit, maka segala makhluk dilimpahkan kasih sayang antara satu sama lain..hinggakan binatang buas di hutan sangat kasih kepada anaknya..

Tetapi,itulah kata-kata orang lama..kalau sayang tangan-tangankan(lempang ke..?ntahla)..kerana sayanglah kita perlu korbankan banyak perkara..

Ibu bapa kerana sayangkan anak-anak perlu korbankan tenaga,masa dan segalanya untuk memberikan rezeki yang halal dan baik buat mereka..kerana sayangkan anak-anak perlulah diberikan teguran demi teguran sehingga si anak bijak memilihi perkara hak dan batil..mungkin zaman sekarang orang dah letakkan prinsip tersebut ketepi..semakin sayang anak,semakin dibiar si anak dengan kelalaiannya dan kejahilannya..
Tegur anak berpada-pada,biar mereka akan tahu bila mereka dewasa bahawa teguran kerana sayang..

Kalau seseorang sayangkan sesuatu pasti dia akan melakukan apa sahaja untuk barang kesayangannya.. Sanggup berkorban,simpan duit mengikat perut demi perkara yang menjadi kecintaannya..Lelaki dengan motor atau keretanya..Perempuan dengan 'handbag',baju,mahupun fesyen tudung yang semakin hangat..

Bagaimana kalau cinta dengan seseorang..? Pasti akan menyebut-nyebut namanya..Teringat-ingat di hatinya..Dan akan berusaha melakukan perkara yang kekasih hati suka dan cuba meninggalkan perkara yang si dia tak suka..Do u get it..?

Hamba Allah yang mencintaiNya pasti akan cuba memenuhi undanganNya untuk melakukan perkara kebaikan dan menjauhi perkara laranganNya..Melakukan pengorbanan terhadap hawa nafsu yang sentiasa mengajak kepada perkara kemaksiatan..Membaca ayat-ayat cintaNya di kala kesusahan dan di kala senang..Berusaha untuk bersujud dan merayu kepadaNya di saat hamba lain nyenyak tidur di dua sepertiga malam..

Mari kita berusaha meraih kecintaan kepada Tuhan disamping cinta-cinta kepada keduniaan..kerana cinta dunia belum tentu membawa kita bahagia..cinta pada Tuhan itu pasti akan kekal hingga ke hari kebangkitan..

Sesungguhnya jika Allah mencintai hambaNya, ia akan memanggil Jibril seraya berkata, " Wahai Jibril, aku mencintai si fulan, maka cintailah ia." maka Jibril pun mencintainya, lalu ia Jibril menyeru penduduk langit, "Sesungguhnya Allah mencintai si Fulan, maka cintailah ia" Maka penduduk langit pun mencintaiNYA, sehingga ia pun dijadikan nya diterima (dicintai) oleh penduduk bumi" (HR Bukhari dan Muslim)

(Sekadar muhasabah diri..coretan sekadar peringatan untuk diri penulis sendiri..Wallahua'lam..)